Thursday, August 4, 2011

Johan Fenomena Baru ERA!

Dalam industri penyiaran radio, persaingan kini dilihat semakin sengit apabila beberapa radio swasta kini muncul dan berusaha meraih pendengar tahun demi tahun. Dalam keghairahan mencari populariti, beberapa faktor penting perlu ditekankan, antaranya muzik, penyampai radio, segmen, dan tentunya promosi. Tetapi kali ini Ameer nak cerita tentang penyampai radio. Sejauh mana penyampai radio menjadi penyumbang kekuatan dalam sesebuah radio? Kalau dahulunya kita ada Halim Othman dan Linda Onn yang menyinari pentas glamour penyampai radio setiap kali ABPBH manakala sekarang musim FBI dan Fafau. Tapi adakah populariti mereka dapat membantu meningkatkan rating radio atau sekadar sebagai imej kepada sesebuah radio?

Kalau buka ERA memang haruslah Aznil, Dina Nadzir, Adi & Reza antara penyampai yang popular selain Ray dan Haniff. Kalau Sinar fm pula, memang penyampai otai dan popular keudara seperti Salih Yaakob, Kak Engku, Krill, dan tidak ketinggalan Abby Fana. Radio lain seperti Hot fm ada Fafau, FBI, Kieran & Leya manakala Suria fm ada Halim Othman, Linda Onn, Sharifah Shahira dan Lin. Sejauh mana populariti semua penyampai radio ini?Ok, mari kita mulakan dengan Suria fm. HO & LO dah menang anugerah banyak kali dan zaman mereka sudah berakhir. Sharifah Shahira pula diambil kerana faktor jenaka yang diyakini dapat menaikkan rating Suria fm tetapi sehingga sekarang tiada fenemona yang dapat diwujudkan oleh stesen radio itu. Di Hot fm pula, Fafau dan FBI telah memenangi kategori penyampai radio beberapa kali dan ini menunjukkan mereka hanya popular dalam kalangan remaja kerana yang mengundi di ABPBH pun dalam kalangan remaja. Rancangan kendalian mereka, Hotfm AM Krew tidak mampu menarik golongan berumur. Manakala rancangan Sinar Pagi kini Rancangan Pagi No.1 Malaysia membuktikan bahawa Salih Yaakob, Kak Engku dan Abby Fana popular dalam kalangan mereka yang berumur 40 tahun ke atas.


Di sini, wujud jurang diantara faktor populariti mereka di atas kerana pendengar radio adalah dari pelbagai lapisan umur. Justeru itu, formula yang asli perlu diwujudkan dan ianya perlu jadi satu fenomena yang luar biasa dan mendapat sambutan rakyat Malaysia. Sebagai contoh, ERA yang dahulunya popular dengan segmen Drama Sebabak bersama Arwah Din Beramboi berjaya mencipta satu fenomena yang luar biasa sehingga beliau tercalon Top 5 di ABPBH iaitu bukti puncak kegemilangan hidup beliau. Manakala fenomena luar biasa Usop Wilcha dalam filem arahan Mamat Khalid dibawa masuk ke Hotfm AM Krew dilihat tidak menjadi fenomena dan tidak memberi apa2 impak kepada dunia penyiaran radio kerana Usop Wilcha bukanlah pelawak asli yang boleh membuat pendengar dan penonton ketawa terbahak-bahak bahkan ianya dikatakan satu usaha yang terdesak dalam keghairahan menaikkan rating.

Johan disambut dengan meriah sebagai penyampai baru

Dengan ini, satu fenomena baru akan melanda Radio No.1* Malaysia, ERA apabila Johan Raja Lawak yang baru-baru ini memenangi tempat kedua dalam Rancangan Lawak No.1 Malaysia, Maharaja Lawak diumumkan sebagai penyampai baru ERA pada 2 Ogos 2011. Johan secara rasminya akan keudara pada pagi Sabtu, 6 Ogos 2011. Saya percaya anda semua pasti tertunggu-tunggu akan kemunculan suara Johan ERA yang memang dah pasti akan lawak dan pecah perut. Mampukah Johan mencipta fenomena seperti Din Beramboi suatu ketika dahulu? Apa-apa pun, kita bagi ruang dan peluang untuk Johan ERA belajar dan mempertingkatkan serta mengembangkan bakat yang sedia ada untuk dipersembahkan kepada pendengar setia ERA.

Haniff, Aznil, Johan & Ray di Riuh Pagi ERA

Di sini, wartawan blog Ameer, Radio & Muzik ingin mengucapkan SELAMAT DATANG kepada Johan Raja Lawak sebagai penyampai yang paling bongsu. Diharapkan kehadiran Johan ke ruang udara ERA dapat memeriahkan lagi industri penyiaran radio dan dapat menghiburkan pendengar ERA dengan celoteh dan lawak jenaka spontan daripada Johan. Radio ERA semestinya menghadiahkan hadiah paling bermakna kepada pendengar setia setelah 13 tahun bersiaran dan keputusan mengambil Johan adalah pilihan yang tepat dan bijak. Lepas ini bolehlah kita dengar suara Mak Jemah Famous Ok! dan Ah Chai di ERA! Nampaknya Johan kene jaga tutur bicara semasa keudara. Maklumlah, pelawak Malaysia selalu akan cakap lepas ketika berjenaka. Saiful Apek, Nabil, Sepah dan Din Beramboi adalah dianatara pelawak yang sebelum ini memeriahkan ERA. Jadi, pelbagai pengajaran boleh diambil untuk dijadikan sempadan dan tunjuk ajar kepada Johan. Selamat Bertugas!

No comments:

Post a Comment