Wednesday, August 3, 2011

Bila - Ning Baizura

Ray, Ning Baizura & Rizal di Zouk
Selepas lama tidak muncul dengan album Melayu, penyanyi hebat Malaysia, Ning Baizura kini melahirkan album ke-12 yang bertajuk 'Dewa' dimana album ini mengandungi 8 buah lagu pelbagai genre. Ning Baizura yang muncul di Zouk, KL pada awal Julai lalu untuk melancarkan album terbaru beliau telah memilih stesen radio popular, ERA sebagai radio rasmi majlis itu. Dua penyampai ERA iaitu Ray dan Rizal diberi kepercayaan mengacarakan majlis tersebut yang dihadiri wartawan, blogger dan peminat Ning Baizura.
Pertama kali Ameer dengar lagu hit terbaru dalam album ini iaitu 'Bila', ianya sangat sesuai dengan nada suara Diva Soprano Malaysia ini. Secara eksklusif, ERA keudarakan lagu ini buat pertama kali dan terus menjadi hit apabila lagu ini tersenarai dalam Carta Hit ERA. Sebelum ini, Ning Baizura tampil dengan lagu Mama Papa dan lagu itu juga tersenarai dalam album ini. Ditanya kenapa memilih 'Dewa' sebagai judul album, Ning Baizura menyatakan bahawa dalam bahasa Sanskrit, Dewa bermaksud 'cahaya' dan atas sebab itulah album ini adalah cahaya baru kepada Ning Baizura dalam terus melangkah dalam industri hiburan tanah air. Jom layan lagu Bila.
Tak pernah terdiam walau sejenak
Meronta sering ku dengarkan
Rintihan hiba kacaunya jiwa
Seolah jantung tiada bernyawa

Chorus
Kau tunjukkanlah ke mana harusku melangkah
Meredah langit yang menghujan
Terbang ke pelangi indah
Sampai bila harusku sabar
Sampai bila harusku dengar
Perbalahan dua jiwa
Pergelutan hati perasaan
Dimana hilangnya cinta
Dimana perginya cinta suci dalam jiwa
Yang seharusnya menyinta..

Tak tertahan hati sering menangis
Mengalir air mata hiba hanyalah doa
Dan kurnia keajaibanmu Tuhan bisa merubah

Chorus

Berbicaralah hati ini memikirkan
Derita agar cepat berakhir
Derita yang kurasa amat menyeksakan
Tinggalkan dia lupakan semua

Aku serahkan jiwa yang telah kehilangan
Hanya padamu padamu Tuhan
Aku bermohon Kau tunjukkanlah jalan
Damaikanlah diri dan jiwa.. jiwa.. jiwa..

Pergelutan hati perasaan
Dimana hilangnya cinta
Dimana perginya cinta suci dalam jiwa
Yang seharusnya menyinta...

Tak tertahan hati sering menangis

No comments:

Post a Comment