Friday, May 20, 2011

Hot fm Kehilangan Pendengar, Suria FM Kini Raih Pendengar

Seperti yang kita ketahui semalam (19 May 2011), Sinar FM kekal sebagai Radio No.1 Malaysia secara keseluruhan dan ERA diumumkan sebagai Radio No.1 Malaysia kategori 40 tahun ke bawah. Tetapi dimanakah kedudukan Suria FM, Red fm, hotfm, fly fm dan radio lain? Adakah mereka kekal atau kehilangan pendengar?

Penyampai Radio Lelaki Popular tunjuk "middle finger"

Hot fm yang mula bersiaran pada 5 Februari 2006 mula kehilangan pendengar sedikit demi sedikit. Pada tahun 2010, Hot fm kehilangan 97,000 menyebabkan stesen radio itu mula melakukan rombakan pada November 2010. Nampaknya, usaha mereka gagal lagi apabila Survey 1, 2011 membuktikan Hot fm jatuh lagi kerana 94,000 pendengar telah beralih ke stesen lain. Walaupun mereka mempunyai Fafau & FBI sebagai kekuatan utama mereka, nampaknya rombakan mungkin akan berlaku lagi. Ini membutikan penyampai radio yang popular bukan kekuatan atau sebab untuk sesebuah stesen radio meraih pendengar. Kajian Ameer sendiri menunjukkan keutamaan pendengar mendengar radio adalah mendengar muzik, mengikuti slot menarik, dan mengetahui berita terkini. Memang relevan jika pendengar Hot fm adalah dalam kalangan remaja kerana mereka yang mengundi di ABPBH pun golongan remaja. Tetapi harus dipuji kerana kekal di tangga ke-3 secara keseluruhan walaupun tidak lagi memgang Radio No.1 Malaysia untuk mana-mana kategori. Kalau dilihat daripada akhbar terbitan Media Prima seperti Berita Harian dan Utusan, ada sahaja berita mengenai penyampai dan aktiviti Hot fm berbanding radio lain yang lebih popular. Itu juga dilihat tidak mampu untuk meraih pendengar kerana tiada relevan untuk melaporkan berita daripada satu stesen radio sahaja.


Tahniah untuk Suria fm kerana tahun demi tahun berjaya memikat pendengar walaupun bukan jumlah yang membanggakan. Pertambahan sebanyak 120,000 pendengar mungkin dilihat sesuatu yang membanggakan bagi pihak Suria fm. Dua orang bekas penyampai ERA, Halim Othman dan Linda Onn dilihat sebagai kekuatan mereka apabila meletakkan mereka di waktu puncak, Halim di slot Breakfast@Suria dan Linda Onn di Petang Suria. Suria fm dilihat tiada origaniliti dari segi muzik, persembahan, dan slot. Apa2pun, terpulang kepada mereka untuk meniru apa sahaja yg mereka rasakan boleh menaikkan rating atau jumlah pendengar. Mengambil Sharifah Shahira bersama Breakfast@Suria dilihat tidak memberi apa2 impak yang besar kepada industri radio tanah air.

Banyak lagi radio yang nak Ameer kongsikan tetapi radio lain tak popular, nanti jatuh pulak rating blog Ameer. Jom kita tengok masa yang diluangkan oleh rakyat Malaysia untuk mendengar radio.

Graf daripada AC Nielsen

Kalau dilihat daripada graf ini, waktu puncak adalah diantara 8.30 pagi hingga 11 pagi. Jadi, tidak hairanlah mereka yang pergi kerja di waktu pagi, suri rumah yang bangun pagi dengar radio dan semua radio banyak iklan di waktu pagi. Sebab itu ke Hot fm tukar siaran AM krew ke 6-11 pagi dan Suria fm tukar siaran pagi ke 5-10 pagi? Relevan ke? Waktu puncak kedua adalah pada 5.00 petang hingga 6.00 petang dimana rakyat Malaysia balik kerja pada masa itu. Kuala Lumpur pula sesak dengan lalu lintas jalan raya dan keretapi. Tidak hairanlah slot Petang ERA dikendalikan oleh Adi & Reza diumumkan sebagai Rancangan Petang No.1 Malaysia pada penggal yang lalu.

bakal disambung lagi...

No comments:

Post a Comment