Selepas menunggu keputusan Survey 1, pada tahun 2011, semua pendengar dan pengurus stesen radio kini sedang meraikan pencapaian yg diraih oleh stesen masing-masing. Seperti biasa, AC Nielsen adalah salah sebuah badan bertauliah untuk menjalankan kajian terhadap pendengar stesen radio di Malaysia telah pun menyerahkan keputusan itu kepada stesen radio yang terlibat. Tumpuan rakyat Malaysia adalah Sinar fm, ERA, Hitz.fm, Suria fm, THR Gegar/Raaga, MY fm dan tidak ketinggalan, hot fm. Sebelum ini gelaran Radio No.1 Malaysia kekal 11 tahun menjadi milik ERA, seterusnya dirampas oleh hot fm selama satu penggal sahaja (1/2 tahun), dan kini gelaran itu milik Sinar fm dengan tagline 'Muzik Retro Terbaik' selama lebih daripada setahun. Tahniah Ameer ucapkan kerana Sinar fm meraih pendengar berjumlah 4.2 juta.
Bercakap mengenai Sinar fm, Ameer selalu dengar celoteh kak Abby Fana, dimana slot beliau bersiaran dari 10 pagi hingga 1 petang. Apa yang menariknya, Abby pandai memikat pendengar dengan celoteh beliau kerana bahasa atau ayat yang digunakan adalah bahasa yang selalu digunakan seharian oleh rakyat Malaysia. Top 5 kategori Penyampai Radio Wanita Popular 2010 ini mempunyai karisma dan memahami halwa telinga mereka yang bosan pada waktu tengah hari. Terima kasih Abby kerana memenuhi ruang udara Sinar fm dengan idea dan jenaka spontan 'akak'. Antara slot yang pernah Ameer dengar adalah Sinar Pagi bersama SY, KE & Krill.
'Kini Hanya Memainkan Muzik Hit Yang Terbaik' adalah tagline bagi radio popular, ERA yang bersiaran sejak 1 Ogos 1998. Sebagai salah seorang Pengarah Muzik ERA, Ameer sangat bersyukur kerana 4 juta rakyat Malaysia masih memilih ERA sebagai radio pilihan mereka. Ini menjadikan ERA kekal di tangga ke-2 secara keseluruhan. Tetapi ERA masih radio No.1 Malaysia bagi kategori umur 40 tahun kebawah. Tentunya Aznil & Muzik dilihat sebagai kekuatan ERA ketika ini kerana umum mengetahui Aznil mempunyai peminat yang ramai di Malaysia dan muzik yang ERA putarkan mengangkat ERA kembali didengari oleh rakyat Malaysia. Tahniah kerana ERA mengekalkan posisi yang mantap dan unggul. Slot Riuh Pagi ERA bersama Aznil, Ray & Haniff juga dilihat semakin diterima ramai kerana pembaharuan yang dibuat berkesan dan mempunyai origaniliti tersendiri.
Radio AMP yang lain seperti Hitz.fm kekal sebagai No.1 English radio station dengan jumlah pendengar 1.58 juta manakala MY fm dan THR Raaga kekal stesen bahasa Cina dan Tamil No.1 Malaysia dengan masing-masing meraih 2.1 juta dan 1.7 juta pendengar. Mix fm catat pendengar sebanyak 523,000 dan Lite fm 366,000. Secara keseluruhannya, AMP Radio memiliki 11.38 juta pendengar, bermakna 49.7% bahagian pasaran.
Info Radio No.1 Malaysia!
Sinar fm kekal Radio No.1 Malaysia secara keseluruhan.
ERA adalah Radio No.1 Malaysia bagi kategori 40 tahun kebawah.
Hitz.fm kekal Radio Bahasa Inggeris No.1 Malaysia.
THR Raaga kekal Radio Tamil No.1 Malaysia.
MYfm kekal Radio Cina No.1 Malaysia.
Mix fm No.1 dalam pertambahan pendengar.
Ameer, Radio & Muzik No.1 melaporkan berita ini!
Nantikan radio-radio lain di post seterusnya!
Info Radio No.1 Malaysia!
Sinar fm kekal Radio No.1 Malaysia secara keseluruhan.
ERA adalah Radio No.1 Malaysia bagi kategori 40 tahun kebawah.
Hitz.fm kekal Radio Bahasa Inggeris No.1 Malaysia.
THR Raaga kekal Radio Tamil No.1 Malaysia.
MYfm kekal Radio Cina No.1 Malaysia.
Mix fm No.1 dalam pertambahan pendengar.
Ameer, Radio & Muzik No.1 melaporkan berita ini!
Nantikan radio-radio lain di post seterusnya!
No comments:
Post a Comment