Monday, June 13, 2011

Jozan & Sepah Pilihan Ameer!

Maharaja Lawak Astro kini melepasi minggu ke-10 dan tidak lama lagi bakal melabuhkan tirainya. Ramai yang meramalkan Jozan, Sepah, Jambu dan Nabil sebagai juara Maharaja Lawak dan beberapa suara kecil melaungkan R2 sebagai juara. Sesiapa pun yang dinobatkan sebagai juara perlulah mempunyai kualiti lawak yang diterima ramai dan mampu mencuit hati pelbagai peringkat umur dan yang penting sekali pakej yang lengkap untuk meraih undian dari pengundi yang kebanyakannya dalam lingkungan 10-25 tahun. Masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri, pengikut dan penyokong sendiri, dan mempunyai pengaruh tersendiri dalam dunia hiburan.

Jozan

Seperti yang kita tahu, Jozan terdiri daripada Zizan Razak dan Johan. Antara program utama mereka adalah Jozan Show yang disiarkan di Astro Prima saluran 105, manakala program Raja Lawak Astro musim satu hingga lima mengangkat mereka sebagai pengacara program sensasi itu. Selesa bergandingan bersama membuatkan mereka sentiasa menunjukkan kerjasama yang baik dalam persembahan. Zizan dan Johan lahir daripada program Raja Lawak Astro musim pertama dan memulakan karier mereka sebagai pelawak. Zizan yang memenangi Artis Komedi Lelaki Popular 2010 di Anugerah Bintang Popular baru-baru ini dilihat semakin popular sehinggakan peminat di facebook mencecah lebih daripada 1 juta.

Jozan bersama Ray & Haniff di Riuh Pagi ERA

Tambahan pula, Zizan yang kini mengendalikan program sendiri iaitu ‘Zizan Show’ terus melebarkan sayapnya mengacarakan satu program hiburan bersama Dira di sebuah stesen televisyen tempatan. Nampaknya, pengikut Jozan adalah dalam kalangan remaja. Ini boleh dilihat apabila Jozan sering berada di tangga pertama dalam carta undian setiap minggu. Kalau mereka menang sekalipun, faktor terbesar kemenangan mereka adalah pengaruh mereka dalam industri hiburan.

Sepah

Ini yang menjadi favourite Ameer setiap minggu. Semua persembahan Sepah konsisten dan tidak pernah menghampakan. Berbanding Jozan, kadangkala persembahan Jozan langsung tidak menarik. Sepah dilihat mempunyai effort yang tinggi untuk mempersembahkan yang terbaik pada setiap minggu. Idea mereka yang kreatif menunjukkan kesungguhan mereka ingin maju dalam bidang komedi dan peluang yang diberi digunakan sepenuhnya untuk meraih undian.

Dalam pertandingan ini, Sepah adalah kumpulan yang memenuhi kriteria dan kehendak penonton. Sebelum ini, mereka pernah menjadi penyampai ERA dan terbukti di luar mahupun dalam radio, mereka mampu menghiburkan audience. Sepah yang popular dengan drama komedi mereka iaitu ‘Bujang Sepah Lalalitamplom’ di Astro Prima sentiasa di kedudukan teratas dan tidak pernah sesekali berada di tangga tiga terbawah. Nabil, Jozan, dan Jambu sering dilihat hampir tersingkir di minggu 7 hingga minggu 9.

Jambu

Kumpulan Jambu yang dikatakan lawak tetapi tidak mendapat undian sewajarnya terus kekal hingga minggu ke-10. Dimanakah kekuatan mereka? Semua tahu bahawa kedua2 mereka, Yus dan Taukey tidaklah popular mana pun dalam indutri hiburan. Nak kata program TV, muka mereka memang jarang mucul kerana dikatakan tiada pakej. Kalau tiada pakej, kenapa tiada program di radio? Kerana di radio, hanya menggunakan suara sahaja dan tidak memerlukan rupa paras. Jambu yang diakui lawaknya bertaraf ‘internasionale’ (kata Mamat Khalid) dilihat kekurangan pengundi.

Walaupun semakin hari semakin ramai penyokong, tetapi penyokong mereka dalam golongan mana? Rata2 penyokong Jambu adalah dalam lingkungan 30-55 tahun yang hanya menonton dan menyokong, tetapi tidak mengundi. Siapakah mereka? Adakah abang jual burger? Atau pakcik2 lepak kat warung? Atau makcik2 tengah lipat kain depan TV? Atau orang kampung? Dalam hal ini, tiada siapa yang boleh dipersalahkan kerana penonton, penyokong, pengundi adalah individu yang lain. Penyokong dan penonton Jambu tidak berhak sama sekali mempertikaikan kedudukan Jambu dalam carta undian sekiranya mereka tidak mengundi. Dan juga pengundi berhak mengundi berdasarkan minat mereka terhadap paras rupa peserta, populariti peserta atau persembahan peserta.

Disokong oleh


No comments:

Post a Comment