Tuesday, June 28, 2011

Habis Manis, Sepah Tak Habis2!


Juara Maharaja Lawak, Sepah sememangnya layak memegang gelaran itu setelah berbulan – bulan memerah otak untuk mencurah idea dalam persembahan mereka. Berbanding peserta lain, Sepah dilihat berusaha mengekalkan kosistensi dalam persembahan mereka. Dalam program Lawak No.1 Malaysia itu, Sepah diantara peserta yang tidak pernah mengecewakan penonton. Jozan hanya berjaya meraih Naib Johan dengan membawa pulang RM250,000 akur dengan keputusan undian oleh pengundi. Sebelum ini, wartawan Berita Harian menjangkakan bahawa Jozan atau Nabil menjadi juara kerana pengaruh mereka dalam dunia hiburan, tetapi sangkaan mereka jauh terpesong kerana bukan pengaruh yang dilihat, tetapi bakat melawak adalah elemen penting bagi pengundi. Wartawan Berita Harian, Rozdan Mazalan dalam artikel berat sebelah bertarikh 23 Jun 2011 menyatakan:

"Kumpulan Sepah yang ketika menyertai Raja Lawak banyak menambat hati pengundi dengan komedi berbaur lucah dan jijik"

Gaya penulisan wartawan ini seperti tidak sukakan Sepah, tetapi akibat fitnah dan tohmahan yang dilemparkan, Sepah berjaya membuktikan bahawa biarpun pengaruh mereka tidak sebesar Zizan dan Nabil, mereka menjadi juara. Bakat mereka dicungkil dari Raja Lawak Astro turut dijadikan penyampai ERA dilihat berjaya menghiburkan pendengar walaupun hanya suara sahaja yang berkumandang. Dalam Maharaja Lawak akhir baru-baru ini, Sepah mendapat sorakan semangat luar biasa daripada penonton di stadium mahupun di rumah. Tahniah kerana gelaran Juara Maharaja Lawak membawa pulang RM350,000 dan hadiah sampingan lain.

No comments:

Post a Comment