Lebih 100 pemuzik dan penari serta penuntut Institut Pengajian Tinggi tempatan menyertai Hari Muzik Sedunia atau ‘Fete De La Musique’ pada 21 Jun 2011 di empat lokasi berlainan iaitu:
Plaza Low Yat, Bukit Bintang, Kuala Lumpur
The Curve, Damansara
Klang Parade, Klang
Fort Cornwallis, Penang
Pengurus Besar Bahagian Pelancongan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Norazah Yusof, berkata usaha penganjuran majlis bertaraf antarabangsa itu bertepatan hasrat kerajaan menjadikan ibu negara sebagai hab kesenian dan kebudayaan. “Ini juga satu platform untuk kita menawarkan lagu gubahan pemuzik tempatan dengan seni kebudayaan kita untuk tontonan umum terutama pelancong dari luar negara bermula pagi hingga malam.
“Kita juga wajar berbangga apabila majlis sebesar ini membuka peluang kepada pemuzik amatur dan profesional berkongsi pentas selaku menyokong penganjuran Hari Muzik Sedunia. “Jadi, guna kesempatan ini untuk menonjolkan nilai seni kita dan bersama-sama kita menjayakan festival muzik terbesar ini,” katanya mewakili Datuk Bandar, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail merasmikan penganjuran Hari Muzik Sedunia.
Sebagai radio yang mengutamakan muzik, stesen Radio No.1 Malaysia, ERA turut meraikan Hari Muzik Sedunia apabila laungan demi laungan ke udara di stesen radio itu. Meriah sungguh apabila penyampai ERA di Kuching, turun padang dan temui pendengar sambil meraikan Hari Muzik Sedunia.
Terima kasih juga kepada pembaca setia blog Ameer, Radio & Muzik kerana mengangkat muzik sebagai kekuatan kepada blog ini.
No comments:
Post a Comment