Sunday, August 28, 2011

Aidilfitri Yang Mulia - Penyampai ERA, Daus & Adira

Selamat, selamat hari raya
Mohon maaf zahir batin
Selamat hari raya
Aidilfitri yang mulia

Hari raya telah tiba
Sambut dengan gembira
Kembali fitrikan hatimu
Hulurkan kedua tangan
Saling maaf-maafan
Ampunkan kesilapan lalu

Selamat, selamat hari raya
Hulurkan kedua tangan
Saling maaf maafan
Atas segala khilaf
Yang telah dilakukan
Di hari yang mulia
Di hari raya

Download Link: http://www.4shared.com/get/_VQZMjap/RAYA_-_Aidilfitri_Yang_Mulia_-.html


Monday, August 15, 2011

Shac Penyampai Baru ERA

ERA ada penyampai baru? Siapakah yang bertuah jadi penyampai radio popular itu? Bermula Isnin, 15 Ogos 2011 suara Shac akan berkumandang di Stesen Radio No.1* Malaysia itu. Untuk pengetahuan semua, Shac memulakan kerjaya sebagai penyampai radio di XFM. Bermula sebagai krew Street Surfers 4 tahun yang lepas, karier beliau bermula apabila diberi peluang untuk menjadi penyampai radio itu pada penghujung 2009. Sebagai pendengar radio, Ameer juga pernah dengar beliau keudara di pelbagai slot dari pagi hingga ke malam.

Tetapi selepas Feeya ditukarkan ke XFM baru-baru ini, Ameer dah agak ada penyampai XFM akan ditukarkan ke ERA. Tekaan Ameer tepat apabila Shac keudara bermula 10 pagi pada 15 Ogos 2011 di ERA dan keluarga baru ERA ini disambut meriah di wall facebook ERA FM & ERA TV. Shac, atau nama sebenarnya Muhammad Shahrir Bin Ainudin lahir pada 25 Disember 1984 mengakui akan kelemahannya yang suka tidur dan pernah diejek kerana bertubuh kecil semasa zaman persekolahan.

Shac atau Sharil, nama panggilan beliau di rumah mempunyai haiwan peliharaan Iguana yang dinamakan DON. Rata-rata peminat Shac gembira dan menyokong pertukaran Shac ke ERA, dan ianya dapat dilihat menerusi twitter beliau di http://twitter.com/#!/Shacadellic dan pendengar setia ERA sendiri menyambut baik kedatangan beliau menjadi keluarga ERA apabila dengan ucapan selamat datang bertalu-talu di facebook.

Semoga dengan adanya Shac di ERA dapat membantu mengekalkan ERA sebagai Radio No.1 Malaysia kategori 10-40 tahun. Kepada semua yang nak dengar Shac keudara, tunggu setiap hari Isnin hingga Jumaat, bermula 10 pagi untuk Muzik Erathon. Dengar kata, Shac mempunyai ramai peminat remaja perempuan dan lelaki. Maklumlah, ramai yang memuji paras rupa beliau yang kacak dan penampilan yang bergaya. Oh ya, Shac dah ada fan page baru! 'Like' Shac di facebook!


Friday, August 12, 2011

Kasanova - Stacy


Dahulu ku kenal dia jejaka idaman Malaya
Semut pun tak mati dipijak lemah lembut bicara
Semakin ku buka hati semakin buka mata
Dia berselindung untuk mengaburi langkahnya

Kini ku tak mahu di tipu dengan si pencabul kalbu

Mula mula ku benar benar
Nak bercinta dengan iya iya
Tapi lama-lama belangnya keluar
Rupa rupanya jahatnya suka suka

Ditawan dengan kasanova
Semenjak digoda kasanova
Ditawan dengan kasanova
Semenjak digoda kasanova

Menurutnya aku permaisuri bertakhta dalam hati
Sebaliknya dia penjajah banyak lagi yang lain
Sia sia aku setia akhirnya harapanku hancur
Cukup sampai sini saja percayakan romeo

Kini ku tak mahu di tipu dengan si pencabul kalbu

Mula mula ku benar benar
Nak bercinta dengan iya iya
Tapi lama-lama belangnya keluar
Rupa rupanya jahatnya suka suka

Ditawan dengan kasanova
Semenjak digoda kasanova
Ditawan dengan kasanova
Semenjak digoda kasanova

Lirik Lagu Kasanova - Stacy

Dengarkan single hit terbaru Stacy ini di ERA Kini Hanya Memainkan Muzik Hit Yang Terbaik

Download Link: http://www.4shared.com/get/txP9O0J_/Stacy_-_Kasanova__Stay-C_.html

Thursday, August 4, 2011

Johan Fenomena Baru ERA!

Dalam industri penyiaran radio, persaingan kini dilihat semakin sengit apabila beberapa radio swasta kini muncul dan berusaha meraih pendengar tahun demi tahun. Dalam keghairahan mencari populariti, beberapa faktor penting perlu ditekankan, antaranya muzik, penyampai radio, segmen, dan tentunya promosi. Tetapi kali ini Ameer nak cerita tentang penyampai radio. Sejauh mana penyampai radio menjadi penyumbang kekuatan dalam sesebuah radio? Kalau dahulunya kita ada Halim Othman dan Linda Onn yang menyinari pentas glamour penyampai radio setiap kali ABPBH manakala sekarang musim FBI dan Fafau. Tapi adakah populariti mereka dapat membantu meningkatkan rating radio atau sekadar sebagai imej kepada sesebuah radio?

Kalau buka ERA memang haruslah Aznil, Dina Nadzir, Adi & Reza antara penyampai yang popular selain Ray dan Haniff. Kalau Sinar fm pula, memang penyampai otai dan popular keudara seperti Salih Yaakob, Kak Engku, Krill, dan tidak ketinggalan Abby Fana. Radio lain seperti Hot fm ada Fafau, FBI, Kieran & Leya manakala Suria fm ada Halim Othman, Linda Onn, Sharifah Shahira dan Lin. Sejauh mana populariti semua penyampai radio ini?Ok, mari kita mulakan dengan Suria fm. HO & LO dah menang anugerah banyak kali dan zaman mereka sudah berakhir. Sharifah Shahira pula diambil kerana faktor jenaka yang diyakini dapat menaikkan rating Suria fm tetapi sehingga sekarang tiada fenemona yang dapat diwujudkan oleh stesen radio itu. Di Hot fm pula, Fafau dan FBI telah memenangi kategori penyampai radio beberapa kali dan ini menunjukkan mereka hanya popular dalam kalangan remaja kerana yang mengundi di ABPBH pun dalam kalangan remaja. Rancangan kendalian mereka, Hotfm AM Krew tidak mampu menarik golongan berumur. Manakala rancangan Sinar Pagi kini Rancangan Pagi No.1 Malaysia membuktikan bahawa Salih Yaakob, Kak Engku dan Abby Fana popular dalam kalangan mereka yang berumur 40 tahun ke atas.


Di sini, wujud jurang diantara faktor populariti mereka di atas kerana pendengar radio adalah dari pelbagai lapisan umur. Justeru itu, formula yang asli perlu diwujudkan dan ianya perlu jadi satu fenomena yang luar biasa dan mendapat sambutan rakyat Malaysia. Sebagai contoh, ERA yang dahulunya popular dengan segmen Drama Sebabak bersama Arwah Din Beramboi berjaya mencipta satu fenomena yang luar biasa sehingga beliau tercalon Top 5 di ABPBH iaitu bukti puncak kegemilangan hidup beliau. Manakala fenomena luar biasa Usop Wilcha dalam filem arahan Mamat Khalid dibawa masuk ke Hotfm AM Krew dilihat tidak menjadi fenomena dan tidak memberi apa2 impak kepada dunia penyiaran radio kerana Usop Wilcha bukanlah pelawak asli yang boleh membuat pendengar dan penonton ketawa terbahak-bahak bahkan ianya dikatakan satu usaha yang terdesak dalam keghairahan menaikkan rating.

Johan disambut dengan meriah sebagai penyampai baru

Dengan ini, satu fenomena baru akan melanda Radio No.1* Malaysia, ERA apabila Johan Raja Lawak yang baru-baru ini memenangi tempat kedua dalam Rancangan Lawak No.1 Malaysia, Maharaja Lawak diumumkan sebagai penyampai baru ERA pada 2 Ogos 2011. Johan secara rasminya akan keudara pada pagi Sabtu, 6 Ogos 2011. Saya percaya anda semua pasti tertunggu-tunggu akan kemunculan suara Johan ERA yang memang dah pasti akan lawak dan pecah perut. Mampukah Johan mencipta fenomena seperti Din Beramboi suatu ketika dahulu? Apa-apa pun, kita bagi ruang dan peluang untuk Johan ERA belajar dan mempertingkatkan serta mengembangkan bakat yang sedia ada untuk dipersembahkan kepada pendengar setia ERA.

Haniff, Aznil, Johan & Ray di Riuh Pagi ERA

Di sini, wartawan blog Ameer, Radio & Muzik ingin mengucapkan SELAMAT DATANG kepada Johan Raja Lawak sebagai penyampai yang paling bongsu. Diharapkan kehadiran Johan ke ruang udara ERA dapat memeriahkan lagi industri penyiaran radio dan dapat menghiburkan pendengar ERA dengan celoteh dan lawak jenaka spontan daripada Johan. Radio ERA semestinya menghadiahkan hadiah paling bermakna kepada pendengar setia setelah 13 tahun bersiaran dan keputusan mengambil Johan adalah pilihan yang tepat dan bijak. Lepas ini bolehlah kita dengar suara Mak Jemah Famous Ok! dan Ah Chai di ERA! Nampaknya Johan kene jaga tutur bicara semasa keudara. Maklumlah, pelawak Malaysia selalu akan cakap lepas ketika berjenaka. Saiful Apek, Nabil, Sepah dan Din Beramboi adalah dianatara pelawak yang sebelum ini memeriahkan ERA. Jadi, pelbagai pengajaran boleh diambil untuk dijadikan sempadan dan tunjuk ajar kepada Johan. Selamat Bertugas!

Wednesday, August 3, 2011

Bila - Ning Baizura

Ray, Ning Baizura & Rizal di Zouk
Selepas lama tidak muncul dengan album Melayu, penyanyi hebat Malaysia, Ning Baizura kini melahirkan album ke-12 yang bertajuk 'Dewa' dimana album ini mengandungi 8 buah lagu pelbagai genre. Ning Baizura yang muncul di Zouk, KL pada awal Julai lalu untuk melancarkan album terbaru beliau telah memilih stesen radio popular, ERA sebagai radio rasmi majlis itu. Dua penyampai ERA iaitu Ray dan Rizal diberi kepercayaan mengacarakan majlis tersebut yang dihadiri wartawan, blogger dan peminat Ning Baizura.
Pertama kali Ameer dengar lagu hit terbaru dalam album ini iaitu 'Bila', ianya sangat sesuai dengan nada suara Diva Soprano Malaysia ini. Secara eksklusif, ERA keudarakan lagu ini buat pertama kali dan terus menjadi hit apabila lagu ini tersenarai dalam Carta Hit ERA. Sebelum ini, Ning Baizura tampil dengan lagu Mama Papa dan lagu itu juga tersenarai dalam album ini. Ditanya kenapa memilih 'Dewa' sebagai judul album, Ning Baizura menyatakan bahawa dalam bahasa Sanskrit, Dewa bermaksud 'cahaya' dan atas sebab itulah album ini adalah cahaya baru kepada Ning Baizura dalam terus melangkah dalam industri hiburan tanah air. Jom layan lagu Bila.
Tak pernah terdiam walau sejenak
Meronta sering ku dengarkan
Rintihan hiba kacaunya jiwa
Seolah jantung tiada bernyawa

Chorus
Kau tunjukkanlah ke mana harusku melangkah
Meredah langit yang menghujan
Terbang ke pelangi indah
Sampai bila harusku sabar
Sampai bila harusku dengar
Perbalahan dua jiwa
Pergelutan hati perasaan
Dimana hilangnya cinta
Dimana perginya cinta suci dalam jiwa
Yang seharusnya menyinta..

Tak tertahan hati sering menangis
Mengalir air mata hiba hanyalah doa
Dan kurnia keajaibanmu Tuhan bisa merubah

Chorus

Berbicaralah hati ini memikirkan
Derita agar cepat berakhir
Derita yang kurasa amat menyeksakan
Tinggalkan dia lupakan semua

Aku serahkan jiwa yang telah kehilangan
Hanya padamu padamu Tuhan
Aku bermohon Kau tunjukkanlah jalan
Damaikanlah diri dan jiwa.. jiwa.. jiwa..

Pergelutan hati perasaan
Dimana hilangnya cinta
Dimana perginya cinta suci dalam jiwa
Yang seharusnya menyinta...

Tak tertahan hati sering menangis