Tuesday, July 5, 2011

Ameer Sokong BERSIH 2.0!


Sebagai warga Malaysia yang berfikiran terbuka, Ameer terpanggil untuk melontarkan pendapat mengenai isu semasa yang bergolak dalam politik Malaysia. Perhimpunan BERSIH 2.0 yang akan berlaku dilihat cabaran baru bagi Barisan Nasional untuk mempertahankan kuasa dan satu fenemona yang tidak dapat dikawal oleh kerajaan Malaysia. Justeru itu, hari ini 5 Julai 2011 menyaksikan campurtangan DYMM Seri Paduka Yang Di-Pertuan Agong dalam corak langkah Perhimpunan BERSIH 2.0 adalah satu penghormatan dan situasi yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia.

Jawatankuasa itu yang terdiri daripada pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga, Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dan Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin mengadap Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, petang tadi.


Penemuan 3 rakyat ini dan DYMM membawa kepada satu persutujuan dimana BERSIH 2.0 akan bekerjasama dengan Kerajaan untuk berhimpun di Stadium pada 9 Julai nanti. Bagaimanapun, belum ditentukan stadium mana yang akan digunakan untuk berhimpun tetapi Perhimpunan BERSIH 2.0 akan tetap dijalankan.

Tuanku Mizan juga menyeru pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana. Seri Paduka tidak mahu melihat negara majmuk ini berada dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

No comments:

Post a Comment