Friday, December 3, 2010

Di Mana Kan Ku Cari Ganti

Salam...dah seminggu nenek pergi...Ameer masih rasa sedih...tp ayat yg slalu org cakap ‘yang pergi, biarkan pergi...yang hidup mesti teruskan hidup’...Sbnrnya Ameer masih terkenangkan arwah yg sangat ambil berat pasal Ameer...Dulu masa Ameer nak amik SPM,pagi2 lagi nenek da bangun n bg Ameer kismis,kacang n mcm2 lagi...dulu nenek selalu datang rumah Ameer untuk dua tiga minggu...biasalah Nenek akan pergi ke rumah anak2 beliau mengikut giliran atau kehendak beliau...


Hendak ku nangis,

Tiada berair mata,

Di mana kan ku cari ganti,

Serupa denganmu,

Tak sanggup ku berpisah,

Dan berhati patah,

Hidup gelisah...


Alangkah pedih rasa hati,

Selama kau pergi,

Tinggal ku sendirian,

Tiada berteman,

Dalam kesepian...


Dunia terang menjadi gelita,

Cahaya indah tiada berguna,

Keluhan hatiku menambah derita,

Kini kau jua tak kunjung jelma...


Di mana kan ku cari ganti,

Mungkinkah di syurga,

Untuk tawa berduka,

Menangis bersama,

Selama-lamanya...


Nyanyian:Vince,Ella,Stacy,Ning Baizura,Dayang Nurfaizah,Aizat,Jaclyn Victor,Azlan,Bunkface,Atilia,Shahir,KRU...tribute to P. Ramlee...


Dalam meniti rintangan itu,

Anak2 mu harus bersatu,

Kerna kasih terhadapmu,

Aku kelu diam membisu...


Dewasa seharusnya mengerti,

Yang diusung adalah jenazah suci,

Haruslah kita mengerti,

Kepada dia harus kita hormati...


Jika aku punya kuasa,

Aku jalan dengan sasa,

Tapi apakan daya,

Aku hanya orang biasa...


Kau kekuatan keluarga ini,

Tanpa kau tiada ku di sini,

Aku pasrah engkau pergi,

Semoga tenang di sisi Ilahi..


Gelas yang pecah kini berderai,

Keluarga kini janganlah lalai,

Ziarah beliau di pusara permai,

Agar beliau sentiasa damai...


Ameer rasa puisi diatas byk maksud tersirat yg mungkin golongan dewasa akan mengerti situasi yg terjadi...Ameer xnk tulis byk2 sebab nanti ada yg marah pulak...Tapi realitinya, Ameer xkan biarkan ianya berlaku kepada keluarga Ameer...apa yg terjadi mungkin untuk membuka mata Ameer bahawa Ameer perlu sentiasa berada di sisi mami n daddy tak kira dimana mereka berada dan apa keadaan mereka...Ameer sebagai anak kandung dan anak lelaki haruslah bertanggungjawab n prihatin terhadap kedua ibu bapa...Ameer bangga mempunyai ayah yg prihatin dan menemani nenek tidur serta menjaga nenek ketika sakit...Ameer terharu kerana Ameer rasakan nenek memerlukan perhatian sebegitu ketika beliau di saat2 akhir...Ameer juga sgt admire mami sebab jadi menantu terbaik n dapat berbakti kepada nenek di saat2 akhir beliau di muka bumi ini...Mami n daddy dah lakukan yang terbaik sepanjang nenek berada di rumah kami...I love mami,daddy n nenek so much!


Blog

http://littlebrother91.blogspot.com

Facebook

http://www.facebook.com/AmeerRizky


No comments:

Post a Comment