Kalau dulu ERA ada pelawak serba boleh Din Beramboi yang menjadi sebutan ramai, Suria FM pula bawa masuk Sharifah Shahira, dan ditiru pula oleh Hot fm apabila Usop Wilcha sertai Hotfm AM Krew, sekarang ini giliran Johan Raja Lawak pula menyertai Riuh Pagi ERA. Trend mengambil pelawak sebagai penyampai radio bermula apabila ERA menyerap masuk Saiful Apek, Nabil Raja Lawak, Kumpulan Sepah dan Arwah Din Beramboi dilihat mampu meraih pendengar untuk kekal setia bersama stesen popular itu.
Johan Raja Lawak yang sudah pun menyertai ERA sebagai penyampai Hujung Minggu ERA pada Julai lalu kini ditawarkan menjadi penyampai untuk slot pagi kegemaran ramai iaitu Riuh Pagi ERA. Slot itu yang keudara pada setiap hari Isnin-Jumaat dari 6 hingga 10 pagi kini dikendalikan oleh trio terberat Aznil, Ray & Haniff. Walau bagaimanapun, Johan akan sertai Riuh Pagi ERA pada November ini atau selewat-lewatnya Mac 2012.
Johan atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim kini muncul dengan filem 'Raya Tak Jadi' arahan Prof. Madya A Razak Mohaideen yang akan ditayangkan bermula hari ini, 15 September 2011. Johan yang hadir di tayangan media filem itu di The Curve, Damansara baru-baru ini gembira kerana dapat keudara bersama-sama penyampai ERA yang lain seperti Reza, Shac dan Adifashla serta penyampai baru ERA, Sarimah Ibrahim.
Tambah Johan lagi, beliau mempunyai isteri dan anak untuk ditanggung dan semua ini dibuat untuk masa depan mereka. Selepas ini, beliau bakal muncul dengan 2 buah filem lagi iaitu, Libas dan Bujang Terlajak. Peminat-peminat Johan Raja Lawak boleh mengikuti perkembangan beliau di facebook Johan RajaLawak FC kerana akaun itu adalah akaun rasmi Johan.