Kaulah pegganti dia,
Sejak dia pergi,
Kau kini bertakhta di hati...
Di sini aku berdiri,
Mengharap mimpi yang telah pergi,
Kau dan dia,
Kini tiada di hati...
Aku bersyukur kini,
Sinar harapan kembali menerangi..
Ku sentuh hati ini,
Yakinkan bahawa ianya bererti,
Ku yakin ku sendiri...
Tuhan dan petunjuk,
Kini di sisiku,
Diriku tanpa kamu,
Ibarat tangis dalam syukur...
Lirik ini ditulis oleh Ameer Rizky dan pertama kali dikeluarkan di blog ini. Khas untuk dua insan yang saya sayangi yang pernah hadir dalam hidup saya. Lirik ini mengisahkan seorang lelaki yang kehilangan cinta pertama dan ingin mencari kekasih baru yang serupa dan sama seperti cinta pertama beliau. Memiliki rupa paras yang elok, merendah diri dan serasi merupakan ciri-ciri yang ada pada cinta pertama beliau. Memang susah nak cari insan yang sama seperti yang pernah kita miliki. Kemudian, setelah bertahun lama mencari, beliau ditemukan dengan seorang insan yang hampir serupa dengan cinta pertama beliau. Mereka kemudian menjalinkan hubungan dan merancang untuk kekal lama. Ketentuan tuhan mengatasi segala-galanya apabila kekasihnya ingin kembali hidup bersendirian. Dan beliau merelakan pemergian kekasihnya itu, dan percaya bahawa hatinya masih rapuh dan utuh untuk meneruskan kehidupan bersama petunjuk dari Yang Maha Kuasa. Walaupun masih berharap, beliau yakin bahawa cinta yang kekal hanya untuk Dia yang Maha Agung dan bersyukur kerana tuhan masih sayangkan beliau.
Syukur...Alhamdulillah...
FACEBOOK!
Cari je Ameer Rizky kat fb...taip 'Ameer Rizky' kat search box...