Sunday, July 17, 2011

Diam - Lufya Omar

Kata tak pernah cukup untuk mengungkap perasaan
Kata tak pernah cukup untuk merungkai perasaan
Kata tak pernah cukup untuk ungkapkan perasaan
Kata tak pernah cukup untuk ungkap ketulusan

Diam mu bagaikan bidadara
Berbisik dalam khayalan indah
Matamu cukup tajam berkata

Diam kau diam tanpa bahasa
Malahku memuja dan bertanya
Biar tak terkucup tak tertawa

Kata tak pernah cukup untuk mengungkap perasaan
Kata tak pernah cukup untuk merungkai perasaan
Kata tak pernah cukup untuk ungkap perasaan
Kata tak pernah cukup untuk ungkap ketulusan

Diam mu bagaikan bidadara
Berbisik dalam khayalan indah
Matamu cukup tajam berkata

Diam kau diam tanpa bahasa
Malahku memuja dan bertanya
Biar tak terkucup tak tertawa

Terdiam aku melihat, melihatmu
Kau istimewa satu dalam seribu

Diam mu bagaikan bidadara
Berbisik dalam khayalan indah
Matamu cukup tajam berkata

Diam kau diam tanpa bahasa
Malahku memuja dan bertanya
Biar tak terkucup tak tertawa

Diam mu bagaikan bidadara
Berbisik dalam khayalan indah
Matamu cukup tajam berkata

Baru kurasa nikmat cintamu
Tapi ku rasa kaulah orangnya
Jujur walau tanpa berkata-kata
Ku terpesona

Lirik Lagu Diam - Lufya Omar

Download Link: http://www.4shared.com/audio/IdEKqk1z/Lufya_Omar-_Diam_LaguBarunet.html

Thursday, July 7, 2011

Lepas Baca Mesti Sokong BERSIH 2.0!

“Hanya kerana Yang di-Pertuan Agong menemui mereka (BERSIH 2.0) tidak bermakna mereka tidak lagi diharamkan.” Itu kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Dalam keghairahan untuk terus menyerang BERSIH 2.0, Hishamuddin mencadangkan bahawa Tuanku Mizan Zainal Abidin telah sanggup berjumpa dengan sebuah pertubuhan yang diharamkan oleh kerajaan. Pendapat ini kemudiannya turut disokong oleh sepupu beliau – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai alasan untuk menafikan BERSIH permit bagi mengadakan perhimpunan amannya di sebuah stadium pada Sabtu ini.

Tindakan kedua-dua pemimpin itu dikecam kerana Najiblah yang mencadangkan kepada BERSIH 2.0 untuk mengadakan perhimpunan itu di sebuah stadium. Apabila dipersetujui BERSIH, beliau tampil pula mengingatkan BERSIH bahawa rangkaian kerjasama itu sudah diharamkan kerajaan dan tidak layak memohon permit untuk mengadakan perhimpunan berkenaan.

Inilah urutan perkembangan dalam tempoh 48 jam yang menyerlahkan kualiti kepemimpinan negara ini dan tahap “kesetiaan” Umno kepada institusi raja khususnya Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. “Nasihat” baginda kepada BERSIH untuk membatalkan perarakan di atas sebab keselamatan dijunjung oleh BERSIH yang kemudiannya menerima tawaran Najib untuk mengadakan perhimpunan itu di sebuah stadium.

Buka laluan

Tuanku Mizan kemudian sudi menerima menghadap rombongan BERSIH iaitu Pengerusinya Ambiga Sreenevasan, Presiden Jamaah Islah Malaysia Zaid Kamaruddin dan Sasterawan Negara A Samad Said. Pertemuan itu dan titah baginda membuka laluan untuk BERSIH membatalkan tunjuk perasaan yang amat digeruni oleh BN. Perbincangan di Istana Negara dan kenyataan susulan BERSIH akhirnya meleraikan ketegangan yang diwarnai dengan tangkapan-tangkapan polis dan kenyataan-kenyataan menghasut dan berbaur perkauman oleh kumpulan dan pihak tertentu.

Apakah respons kerajaan pula? Malangnya, Najib dan Hishamuddin membawa mesej bahawa pertemuan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong dengan jawatankuasa BERSIH tidak memberi apa-apa makna kerana BERSIH masih pertubuhan haram dan justeru tidak boleh diberikan permit mengadakan perhimpunan di stadium. Tangkapan-tangkapan polis ke atas sesiapa yang memakai baju berlogo BERSIH diteruskan dan penahanan enam orang di bawah Ordinan Darurat juga diteruskan. Pada ketika kerajaan dan polis berpeluang tampil memberi kerjasama untuk membolehkan suara rakyat didengar di sebuah persekitaran yang dikawal dan dijamin keselamatannya, Najib dan sepupunya Hishamuddin meremehkan pertemuan Yang di-Pertuan Agong dengan penganjur BERSIH dan terus menekan kumpulan itu.

Pedoman Tuanku

Di manakah kesetiaan tidak berbelah bahagi Umno kepada institusi raja dan kerelaannya untuk mengikut pedoman yang diberikan oleh Tuanku Mizan? Amat mudah untuk pemimpin-pemimpin Umno mengeluarkan madah-madah indah mengenai kesetiaan kepada Raja dan Negara menerusi media arus perdana, dan menuduh semua yang lain sebagai pengkhianat bangsa, agama dan negara. Rujukan mudah adalah krisis perlembagaan Perak tahun 2009 yang akhirnya menguntungkan Umno apabila calon lantikannya dinobat sebagai Menteri Besar.

Namun apabila tiba saat untuk Umno membuktikan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada Istana dengan menghayati semangat perlakuan Tuanku Mizan, parti itu yang ditunjangi oleh Najib gagal dari segala sudut. Sepupu beliau, Hishamuddin meremehkan titah dan semangat tindakan susulan yang diambil oleh Seri Paduka. Justeru hari ini, negara masih berdepan dengan kemelut BERSIH – kerana kerajaan yang memerintah enggan menghormati petunjuk-petunjuk jelas daripada Seri Paduka dan menghayati semangat Baginda.

Sebaliknya Najib dan Hishamuddin mahu menguatkuasakan undang-undang zalim ke atas BERSIH, demi agenda sempit masing-masing. Apakah benar BERSIH sebuah pertubuhan haram? Soalan yang lebih tepat adalah sama ada BERSIH itu sebuah pertubuhan. Jawapannya Tidak. BERSIH adalah hanya satu bentuk kerjasama antara 62 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) YANG SAH dan berdaftar. NGO-NGO ini memupuk kerjasama untuk mengatur sebuah majlis bagi mendesak pilihanraya yang adil dan telus.

Tafsiran sempit

Mereka melakukan usaha ini setelah usaha mereka berunding dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) gagal. Apakah kerjasama BERSIH ini memerlukan pendaftaran rasmi di negara ini? Tentunya tidak, jika keluhuran undang-undang dan semangat Perlembagaan didokong oleh pihak berkuasa. Anehnya, kerajaan tidak pun merungut mengenai mengenai status BERSIH sebelum ini, walhal BERSIH 2.0 dilancarkan pada 10 November 2010 dan hanya terdiri daripada ahli-ahli dari golongan masyarakat madani.

SPR pula bebas mengadakan mesyuarat dengan BERSIH sebelum ini sungguhpun hasilnya tidak ke mana. Hanya apabila BERSIH mula mengatur perhimpunan aman, yang kemudiannya disokong sepenuhnya oleh parti pembangkang, kerajaan mencengkam pergerakan itu dengan tafsiran undang-undang yang sempit. Najib pula melabelkan Ambiga sebagai musuh Islam hanya kerana membela seorang anak guamnya dalam kes murtad Lina Joy.

Tiba-tiba daripada sebuah pergerakan masyarakat madani, BERSIH digambarkan oleh kerajaan sebagai berhaluan militan dan komunis yang mahu menggulingkan kerajaan menerusi kekerasan. Tidak cukup dengan itu, perhimpunan aman BERSIH juga didakwa akan merugikan negara pada kadar RM1bilion sehari!

Dalam jangka masa singkat dua minggu, rakyat dipertontonkan watak sebenar Perdana Menteri dan Hishamuddin terhadap sistem demokrasi berparlimen, keluhuran undang-undang dan perlembagaan serta institusi Raja Berdaulat. Tindakan mereka harus menimbulkan rasa gusar kepada sesiapa sahaja yang mendokong keadilan, prinsip-prinsip hak asasi manusia serta mahu melihat institusi-institusi seperti SPR diperkasakan demi manfaat rakyat.

Tuesday, July 5, 2011

Feeya Melangkah Maju di XFM!


Tanjat Boboy! Selepas Nana, Ray, dan Aimee, kini giliran Feeya Iskandar ditukarkan ke XFM. Feeya yang telah berkhidmat di ERA selama 2 tahun dilihat selalu ceria dan manja ketika keudara di ERA. Kini tiada lagi suara manja beliau di stesen radio itu. Ini bermakna hanya tinggal 2 penyampai wanita di ERA iaitu Dina Nadzir dan Ira Mohd Amin.

Bertugas di XFM mungkin pengalaman baru untuk Feeya, tapi mampukah Feeya menaikkan rating atau meraih populariti di XFM? Mengikut kajian AC Nielsen baru-baru ini, XFM jatuh teruk dengan kehilangan 148,000 pendengar dan kini berada di kedudukan ke-33.

Sumpah! Yang ni comel giler!

Mengikut pemerhatian Ameer, Feeya meraih populariti melalui ERA dan mempunyai pendengar setia yang ramai. Sayangnya, bakat beliau yang dicungkil di ERA dipandang sebelah mata. Adakah dengan pertukaran ini, dilihat mampu menaikkan rating XFM? Kalau rating XFM naik, bagaimana pula dengan ERA? Kajian yang dijalankan menunjukkan keutamaan pendengar mendengar radio adalah mendengar lagu, mengikuti slot menarik dan mendapatkan berita terkini. Jadi relevan ke pertukaran ini? Siapa nak jawab? Nazri Noran? Adly Syairi Ramly? Kudsia Kahar?

Ameer boleh bayangkan perasaan Feeya apabila ditukarkan dari radio popular ERA ke radio XFM. Tapi perasaan Feeya yang sebenarnya pula bagaimana? Melalui twitter beliau, http://twitter.com/#!/FeeyaF33ya Ameer sempat bertanya perasaan Feeya dan jawapan santai dari penyampai comel dan manja ini ialah “ Perasaan saya ttp sama.. :) dimana pun saya,saya ttp pot pet kan. :)” katanya penuh riang. Yeah, memang Feeya pot pet pot pet kan dalam radio.

Jangan lupa dengar Feeya di XFM Rocks! Setiap hari 3 Petang hingga 8 Malam jika anda peminat setia Feeya! Klik di sini untuk post popular Feeya Iskandar!

Diharapkan Feeya terus gigih meraih pengalaman walau di mana saja beliau keudara. Kerana pengalaman lebih berharga dari segala-galanya, dan pertukaran ini memberikan pengalaman dari sisi yang berbeza termasuk muzik, cara penyampaian dan Ameer doakan Feeya dimurahkan rezeki, cepat dapat jodoh.

Nak dengar Feeya nyanyi tak? Huhu.. terjumpa kat YouTube! Sedapnya suara dia..

Ameer Sokong BERSIH 2.0!


Sebagai warga Malaysia yang berfikiran terbuka, Ameer terpanggil untuk melontarkan pendapat mengenai isu semasa yang bergolak dalam politik Malaysia. Perhimpunan BERSIH 2.0 yang akan berlaku dilihat cabaran baru bagi Barisan Nasional untuk mempertahankan kuasa dan satu fenemona yang tidak dapat dikawal oleh kerajaan Malaysia. Justeru itu, hari ini 5 Julai 2011 menyaksikan campurtangan DYMM Seri Paduka Yang Di-Pertuan Agong dalam corak langkah Perhimpunan BERSIH 2.0 adalah satu penghormatan dan situasi yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia.

Jawatankuasa itu yang terdiri daripada pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga, Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dan Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin mengadap Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, petang tadi.


Penemuan 3 rakyat ini dan DYMM membawa kepada satu persutujuan dimana BERSIH 2.0 akan bekerjasama dengan Kerajaan untuk berhimpun di Stadium pada 9 Julai nanti. Bagaimanapun, belum ditentukan stadium mana yang akan digunakan untuk berhimpun tetapi Perhimpunan BERSIH 2.0 akan tetap dijalankan.

Tuanku Mizan juga menyeru pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana. Seri Paduka tidak mahu melihat negara majmuk ini berada dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Friday, July 1, 2011

In a Relationship




In a relationship? Dengan siapa? Yeah baby! Sejak 25 May 2011 yang lepas, secara rasmi, Ameer telah pun in a serious relationship. Erm, budak busuk ni study kat UNISEL. oooppss bagi hint je, tak perlu nak mention nama bagai kannn..

Muka putih macam cina,

Berasal dari Singapura,

Budak busuk saya punya,

Siapakah dia yang tercinta?

Oh my Gucci, dia comel giler kot. Selalu dengan camera dia yang caaaanggih sgt tu. Hehe. Ada banyak persamaan antara Ameer ngan dia. Nak tau?


1. Sama2 busuk.. hehe 2. Pernah bersekolah di sekolah rendah yang sama.. (SKT) 3. Suke dengar lagu.. 4. Kuat merajuk.. (merajuk manja) 5. Suke Ipad2 tapi kitorg tak dapat2 lagi.. 6. Suke Sama Suke 7. Suke online skype malam2 8. Sama2 tinggi.. 9. Same2 suke Kuey Teow *matiler

Erm, kalau dating ngan dia, mesti dia akan cari surau. Hehe. Alhamdulillah.

Sketsa Ameer ngan dia:

Dia: I nak kuar ni..

Ameer: U nak kuar gi mane?

Dia: Nak kuar tengok wayang ngan kawan2 blogger.

Ameer: U jangan noty2 k.. promise?

Dia: Kalau i noty?

Ameer: Manis tak janji ini? Janji ini memang manis, sayangnya perangai u tak berapa manis. LOL!

Dia: Hahaha. Habis manis, Sepah tak habis!

Ameer: *matiler.. ILY!

Dia: ILY2!

Jika ada yang bilang ku lupa kau
Jangan kau dengar
Jika ada yang bilang ku tak setia
Jangan kau dengar

Banyak cinta yang datang mendekat
Ku menolak
Semua itu karena ku cinta kau

Jika ada yang bilang ku tak baik
Jangan kau dengar
Jika ada yang bilang ku berubah
Jangan kau dengar

Banyak cinta yang datang mendekat
Ku menolak
Semua itu karena ku cinta kau
Kau

Saat kau ingat aku ku ingat kau
Saat kau rindu aku juga rasa
Ku tahu kau slalu ingin denganku
Ku lakukan yang terbaik yang bisa ku lakukan
Tuhan yang tahu ku cinta kau

Jika kau tak percaya pada ku
Sakitnya aku
Jika kau lebih dengar mereka
Sedih hatiku
Banyak cinta yang datang mendekat
Ku menolak
Semua itu karena ku cinta kau
Kau