Friday, July 1, 2011

In a Relationship




In a relationship? Dengan siapa? Yeah baby! Sejak 25 May 2011 yang lepas, secara rasmi, Ameer telah pun in a serious relationship. Erm, budak busuk ni study kat UNISEL. oooppss bagi hint je, tak perlu nak mention nama bagai kannn..

Muka putih macam cina,

Berasal dari Singapura,

Budak busuk saya punya,

Siapakah dia yang tercinta?

Oh my Gucci, dia comel giler kot. Selalu dengan camera dia yang caaaanggih sgt tu. Hehe. Ada banyak persamaan antara Ameer ngan dia. Nak tau?


1. Sama2 busuk.. hehe 2. Pernah bersekolah di sekolah rendah yang sama.. (SKT) 3. Suke dengar lagu.. 4. Kuat merajuk.. (merajuk manja) 5. Suke Ipad2 tapi kitorg tak dapat2 lagi.. 6. Suke Sama Suke 7. Suke online skype malam2 8. Sama2 tinggi.. 9. Same2 suke Kuey Teow *matiler

Erm, kalau dating ngan dia, mesti dia akan cari surau. Hehe. Alhamdulillah.

Sketsa Ameer ngan dia:

Dia: I nak kuar ni..

Ameer: U nak kuar gi mane?

Dia: Nak kuar tengok wayang ngan kawan2 blogger.

Ameer: U jangan noty2 k.. promise?

Dia: Kalau i noty?

Ameer: Manis tak janji ini? Janji ini memang manis, sayangnya perangai u tak berapa manis. LOL!

Dia: Hahaha. Habis manis, Sepah tak habis!

Ameer: *matiler.. ILY!

Dia: ILY2!

Jika ada yang bilang ku lupa kau
Jangan kau dengar
Jika ada yang bilang ku tak setia
Jangan kau dengar

Banyak cinta yang datang mendekat
Ku menolak
Semua itu karena ku cinta kau

Jika ada yang bilang ku tak baik
Jangan kau dengar
Jika ada yang bilang ku berubah
Jangan kau dengar

Banyak cinta yang datang mendekat
Ku menolak
Semua itu karena ku cinta kau
Kau

Saat kau ingat aku ku ingat kau
Saat kau rindu aku juga rasa
Ku tahu kau slalu ingin denganku
Ku lakukan yang terbaik yang bisa ku lakukan
Tuhan yang tahu ku cinta kau

Jika kau tak percaya pada ku
Sakitnya aku
Jika kau lebih dengar mereka
Sedih hatiku
Banyak cinta yang datang mendekat
Ku menolak
Semua itu karena ku cinta kau
Kau

Wednesday, June 29, 2011

Hari Muzik Sedunia!

Lebih 100 pemuzik dan penari serta penuntut Institut Pengajian Tinggi tempatan menyertai Hari Muzik Sedunia atau ‘Fete De La Musique’ pada 21 Jun 2011 di empat lokasi berlainan iaitu:

Plaza Low Yat, Bukit Bintang, Kuala Lumpur

The Curve, Damansara

Klang Parade, Klang

Fort Cornwallis, Penang

Pengurus Besar Bahagian Pelancongan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Norazah Yusof, berkata usaha penganjuran majlis bertaraf antarabangsa itu bertepatan hasrat kerajaan menjadikan ibu negara sebagai hab kesenian dan kebudayaan. “Ini juga satu platform untuk kita menawarkan lagu gubahan pemuzik tempatan dengan seni kebudayaan kita untuk tontonan umum terutama pelancong dari luar negara bermula pagi hingga malam.



“Kita juga wajar berbangga apabila majlis sebesar ini membuka peluang kepada pemuzik amatur dan profesional berkongsi pentas selaku menyokong penganjuran Hari Muzik Sedunia. “Jadi, guna kesempatan ini untuk menonjolkan nilai seni kita dan bersama-sama kita menjayakan festival muzik terbesar ini,” katanya mewakili Datuk Bandar, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail merasmikan penganjuran Hari Muzik Sedunia.


Sebagai radio yang mengutamakan muzik, stesen Radio No.1 Malaysia, ERA turut meraikan Hari Muzik Sedunia apabila laungan demi laungan ke udara di stesen radio itu. Meriah sungguh apabila penyampai ERA di Kuching, turun padang dan temui pendengar sambil meraikan Hari Muzik Sedunia.


Terima kasih juga kepada pembaca setia blog Ameer, Radio & Muzik kerana mengangkat muzik sebagai kekuatan kepada blog ini.