Tuesday, June 28, 2011

Habis Manis, Sepah Tak Habis2!


Juara Maharaja Lawak, Sepah sememangnya layak memegang gelaran itu setelah berbulan – bulan memerah otak untuk mencurah idea dalam persembahan mereka. Berbanding peserta lain, Sepah dilihat berusaha mengekalkan kosistensi dalam persembahan mereka. Dalam program Lawak No.1 Malaysia itu, Sepah diantara peserta yang tidak pernah mengecewakan penonton. Jozan hanya berjaya meraih Naib Johan dengan membawa pulang RM250,000 akur dengan keputusan undian oleh pengundi. Sebelum ini, wartawan Berita Harian menjangkakan bahawa Jozan atau Nabil menjadi juara kerana pengaruh mereka dalam dunia hiburan, tetapi sangkaan mereka jauh terpesong kerana bukan pengaruh yang dilihat, tetapi bakat melawak adalah elemen penting bagi pengundi. Wartawan Berita Harian, Rozdan Mazalan dalam artikel berat sebelah bertarikh 23 Jun 2011 menyatakan:

"Kumpulan Sepah yang ketika menyertai Raja Lawak banyak menambat hati pengundi dengan komedi berbaur lucah dan jijik"

Gaya penulisan wartawan ini seperti tidak sukakan Sepah, tetapi akibat fitnah dan tohmahan yang dilemparkan, Sepah berjaya membuktikan bahawa biarpun pengaruh mereka tidak sebesar Zizan dan Nabil, mereka menjadi juara. Bakat mereka dicungkil dari Raja Lawak Astro turut dijadikan penyampai ERA dilihat berjaya menghiburkan pendengar walaupun hanya suara sahaja yang berkumandang. Dalam Maharaja Lawak akhir baru-baru ini, Sepah mendapat sorakan semangat luar biasa daripada penonton di stadium mahupun di rumah. Tahniah kerana gelaran Juara Maharaja Lawak membawa pulang RM350,000 dan hadiah sampingan lain.

Pengganti - Estranged

Día sebaris, tenggelam
Dan wujud hanya di dalam
Ku tau kalau sebenar

Tercipta kerana
Ku masuk dan keluar
Kau tau kalau sebenar

Beralih oh dari kenyataan
Terjaga tapi seperti masih bermimpi

Estranged di Carta ERA 40 bersama Ray & Haniff

Oh… aku tetap
Tersinggah di haluanmu
Dan serelanya
Oh… selamatkannya
Walaupun ditanya
Syurga jelas dia pengganti

Mindaku pun berkata
Soallah jawapanmu
Tau yang ianya salah
Diriku berbalas
Berani menjawab semua
Dan tau apa kena

Oh teringat yang aku takkan hilang begitu saja
Ditangguh terlalu lama ohoh

Oh… aku tetap
Tersinggah di haluanmu
Dan serelanya
Oh… selamatkannya
Walaupun ditanya
Syurga jelas dia pengganti

Na na na nanana na na
Na na na nanana na na
Na na na nanana na na
Nanana na na nanana na

Na na na nanana na na
Na na na nanana na na
Na na na nanana na na
Nanana nanana nanana na

Oh… selamatkannya
Dan oh relakanlah
Oh… selamatkannya
Walaupun ditanya
Syurga jelas dia pengganti

Oh… selamatkannya
Walaupun ditanya
Syurga jelas dia pengganti
Pengganti

Download link:

http://www.4shared.com/audio/tgV-oek7/Estranged_-_Pengganti.htm

Monday, June 13, 2011

Jozan & Sepah Pilihan Ameer!

Maharaja Lawak Astro kini melepasi minggu ke-10 dan tidak lama lagi bakal melabuhkan tirainya. Ramai yang meramalkan Jozan, Sepah, Jambu dan Nabil sebagai juara Maharaja Lawak dan beberapa suara kecil melaungkan R2 sebagai juara. Sesiapa pun yang dinobatkan sebagai juara perlulah mempunyai kualiti lawak yang diterima ramai dan mampu mencuit hati pelbagai peringkat umur dan yang penting sekali pakej yang lengkap untuk meraih undian dari pengundi yang kebanyakannya dalam lingkungan 10-25 tahun. Masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri, pengikut dan penyokong sendiri, dan mempunyai pengaruh tersendiri dalam dunia hiburan.

Jozan

Seperti yang kita tahu, Jozan terdiri daripada Zizan Razak dan Johan. Antara program utama mereka adalah Jozan Show yang disiarkan di Astro Prima saluran 105, manakala program Raja Lawak Astro musim satu hingga lima mengangkat mereka sebagai pengacara program sensasi itu. Selesa bergandingan bersama membuatkan mereka sentiasa menunjukkan kerjasama yang baik dalam persembahan. Zizan dan Johan lahir daripada program Raja Lawak Astro musim pertama dan memulakan karier mereka sebagai pelawak. Zizan yang memenangi Artis Komedi Lelaki Popular 2010 di Anugerah Bintang Popular baru-baru ini dilihat semakin popular sehinggakan peminat di facebook mencecah lebih daripada 1 juta.

Jozan bersama Ray & Haniff di Riuh Pagi ERA

Tambahan pula, Zizan yang kini mengendalikan program sendiri iaitu ‘Zizan Show’ terus melebarkan sayapnya mengacarakan satu program hiburan bersama Dira di sebuah stesen televisyen tempatan. Nampaknya, pengikut Jozan adalah dalam kalangan remaja. Ini boleh dilihat apabila Jozan sering berada di tangga pertama dalam carta undian setiap minggu. Kalau mereka menang sekalipun, faktor terbesar kemenangan mereka adalah pengaruh mereka dalam industri hiburan.

Sepah

Ini yang menjadi favourite Ameer setiap minggu. Semua persembahan Sepah konsisten dan tidak pernah menghampakan. Berbanding Jozan, kadangkala persembahan Jozan langsung tidak menarik. Sepah dilihat mempunyai effort yang tinggi untuk mempersembahkan yang terbaik pada setiap minggu. Idea mereka yang kreatif menunjukkan kesungguhan mereka ingin maju dalam bidang komedi dan peluang yang diberi digunakan sepenuhnya untuk meraih undian.

Dalam pertandingan ini, Sepah adalah kumpulan yang memenuhi kriteria dan kehendak penonton. Sebelum ini, mereka pernah menjadi penyampai ERA dan terbukti di luar mahupun dalam radio, mereka mampu menghiburkan audience. Sepah yang popular dengan drama komedi mereka iaitu ‘Bujang Sepah Lalalitamplom’ di Astro Prima sentiasa di kedudukan teratas dan tidak pernah sesekali berada di tangga tiga terbawah. Nabil, Jozan, dan Jambu sering dilihat hampir tersingkir di minggu 7 hingga minggu 9.

Jambu

Kumpulan Jambu yang dikatakan lawak tetapi tidak mendapat undian sewajarnya terus kekal hingga minggu ke-10. Dimanakah kekuatan mereka? Semua tahu bahawa kedua2 mereka, Yus dan Taukey tidaklah popular mana pun dalam indutri hiburan. Nak kata program TV, muka mereka memang jarang mucul kerana dikatakan tiada pakej. Kalau tiada pakej, kenapa tiada program di radio? Kerana di radio, hanya menggunakan suara sahaja dan tidak memerlukan rupa paras. Jambu yang diakui lawaknya bertaraf ‘internasionale’ (kata Mamat Khalid) dilihat kekurangan pengundi.

Walaupun semakin hari semakin ramai penyokong, tetapi penyokong mereka dalam golongan mana? Rata2 penyokong Jambu adalah dalam lingkungan 30-55 tahun yang hanya menonton dan menyokong, tetapi tidak mengundi. Siapakah mereka? Adakah abang jual burger? Atau pakcik2 lepak kat warung? Atau makcik2 tengah lipat kain depan TV? Atau orang kampung? Dalam hal ini, tiada siapa yang boleh dipersalahkan kerana penonton, penyokong, pengundi adalah individu yang lain. Penyokong dan penonton Jambu tidak berhak sama sekali mempertikaikan kedudukan Jambu dalam carta undian sekiranya mereka tidak mengundi. Dan juga pengundi berhak mengundi berdasarkan minat mereka terhadap paras rupa peserta, populariti peserta atau persembahan peserta.

Disokong oleh


Thursday, June 9, 2011

Hatimu Milikku - Nera

Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku

Disisimu aku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu

Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Nera di Petang ERA bersama penyampai popular, Reza Mohamed

Disisimu aku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cintamu mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh Cintaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatimu milikku jua
Sayang padamu

Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Ameer: Lagu ini mempunyai melodi yang sangat menusuk kalbu dan 'tone' suara Nera sendiri menambah keasyikan apabila mendengar. Syabas kepada komposer dan penulis lirik kerana menghasilkan karya seni yang sedap didengar. Cuma Nera perlu banyak belajar dan tidak sepatutnya merakam lagu ini sehingga betul-betul memenuhi cara yang sesuai untuk mempersembahkan lagu ini..

Link download : http://www.4shared.com/audio/VqdxwgVC/Hatimu_Milikmu_-_Nera_AF9.html

Pak Nil Hero!

KUALA LUMPUR: Tindakan pantas penyampai radio popular, Aznil Nawawi, 48, atau lebih dikenali sebagai Pak Nil bukan saja menyelamatkan nyawa seorang pendengar radio yang mahu membunuh diri, malah menyelesaikan masalah pinjaman lelaki terbabit yang diburu along sejak lapan bulan lalu.

Kemuliaan hati Aznil terserlah apabila dia memberikan wang RM1,000 kepada mangsa untuk melunaskan hutang itu demi menyelamatkan nyawa lelaki terbabit.

Difahamkan, lelaki berusia 28 tahun yang kini menganggur selepas berhenti kerja nekad membunuh diri kerana dia dan keluarganya sering diganggu along selepas meminjam wang sejak lapan bulan lalu.

Akibat tidak tahan dengan ugutan along, mangsa yang tertekan mahu mengambil jalan mudah dengan meminum racun bagi menyelesaikan masalahnya itu.

Namun, lelaki terbabit mengirim SMS menerusi program Merisik Khabar, Riuh Pagi di stesen radio Era FM, kelmarin, dipercayai sebagai amanat terakhirnya kerana buntu selepas ahli keluarga enggan membantunya menyelesaikan masalah berkenaan.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Ameer: Riuh Pagi ERA akan bersama Encik A pada esok pagi, 10 Jun 2011. Anda boleh menghantarkan nasihat atau kata-kata semangat dengan menghantar SMS. Taip PAGI dan hantarkan ke 32555. Anda juga boleh menghantar komen kepada kami di laman peminat facebook fb.era.fm.Link

Tuesday, June 7, 2011

Feeya Penyampai Radio kegemaran saya!


NAMANYA masih baru, namun Nor Shafiza Iskandar Azizan atau dikenali sebagai Feeya kian menyerlah sebagai penyampai radio ERA sedangkan bakatnya dicungkil daripada program realiti TV, Anak Wayang.

Adakah ini petanda yang Feeya akan mengikut jejak langkah atau menggantikan tempat Nana yang bakatnya juga dicungkil daripada program realiti, Akademi Fantasia musim pertama. Nana yang pernah menjadi penyampai ERA sebelum ditukar ke radio Xfm sebelum menamatkan itu kerjayanya beberapa minggu lalu. Bagaimanapun, Feeya seboleh-bolehnya tidak mahu dikaitkan atau disamakan dengan sesiapa, sama ada dalam dunia lakonan atau penyampai radio.

Masih menyimpan harapan untuk dikenali sebagai pelakon, gadis ini tetap komited dalam kerjaya yang diceburinya kini dan menganggap peluang yang diberikan sebagai rezeki disamping mengangkat namanya di persada seni.

Petah berbicara ketika diajukan soalan membuktikan gadis kecil molek yang mudah tersenyum ini memang sebagai penyampai radio, malah program yang dikendalikannya turut dikatakan mendapat sambutan pendengar.

“Selepas keluar daripada program itu (Anak Wayang) saya cuba uji bakat sebagai penyampai radio dan tak sangka dapat. Mulanya sebagai sambilan sahaja tapi sekarang sudah sepenuh masa sejak Oktober tahun lalu,” katanya.


Bukan setakat boleh cakap

MENGAKUI memang terlalu banyak yang perlu dipelajari untuk berjaya dalam karier serta menyimpan impian bergelar personaliti radio terkenal, Feeya banyak menimba ilmu daripada mereka yang berpengalaman.

Bahkan, turut menjadikan penyampai radio seperti Raja Azura dan Abby Fana sebagai idola dalam mempelajari cara penyampaian supaya tidak membosankan pendengar.

“Duduk dalam konti bukan bercakap saja tetapi kena tahu cara mengawal panel yang ada di depan mata. Semua kemahiran itu tidak boleh dipelajari dalam sekelip mata. Ia mengambil masa untuk menjadi lebih cekap.

“Mulanya saya digandingkan dengan penyampai senior tetapi sekarang saya kendalikan seorang diri. Pernah juga tersasul masa ke udara tetapi banyak belajar daripada senior cara penyampaian yang betul,” jelasnya.

Banyak meluangkan masa dengan membaca pelbagai bahan bacaan membantu Feeya menyampaikan maklumat kepada pendengar agar dapat berkongsi sumber yang diperoleh untuk dibincangkan dengan pendengar.

Mengendalikan dua program serentak setiap hari, RockPOD ERA dari jam 10 hingga 11 pagi dan Muzik Hit Bertubi-Tubi dari jam 11 pagi hingga 1 tengah hari membuatkan nama Feeya kini semakin dikenali di stesen radio popular itu. Kini beliau beralih ke segmen Muzik Hit Bertubi-Tubi dari jam 1 hingga 4 petang, setiap Isnin hingga Jumaat manakala segmen Hello Era, setiap Ahad, 2 hingga 6 petang.

Malah, rating pendengar bagi kedua-dua program yang dikendalikannya itu juga meningkat sehingga 17,000 pendengar berbanding 1.72 juta pendengar sejak awal tahun ini.

“Dulu nak dapat pemanggil pun susah dan pernah saya ke udara selama sejam hanya empat pemanggil saja, tetapi kini tak menang tangan nak jawab panggilan. Bukan setakat bekerja saja, kita kenal tahu semua yang berlaku dalam dan luar negara kerana selain menghiburkan pendengar, menjadi tanggungjawab kita memberi maklumat kepada pendengar,” katanya.

Bidang lakonan tak dilupakan

MENYEDARI bakatnya lebih menyerlah dalam penyampaian radio, Feeya tidak mahu dirinya ditenggelami bidang terbabit sebaliknya pada masa mahu juga menyerlah dalam dunia lakonan.

Setelah sekian lama menanti, akhirnya bakat lakonannya itu diangkat dalam drama 26 episod, Kasih Alia terbitan JS Pictures.

“Watak yang diberikan memang menarik iaitu watak jahat dan tak sangka dapat watak yang di luar karektor sebenar saya. Selain drama ini, saya turut terbabit dalam drama Jamilah I Love U dan memegang watak sebagai DJ radio,” katanya.
Bersyukur memiliki keluarga yang memahami kehendak dan minatnya dalam bidang seni memberikan Feeya keyakinan untuk terus bertapak dalam bidang seni walaupun tidak mempunyai darah seni dalam dirinya.

Peluang yang diberikan keluarga itu ingin terus diterokainya agar lebih dikenali pada masa depan walaupun bakatnya lebih dulu dikenali dalam bidang penyampaian.

“Keluarga sangat menyokong apa saja yang saya buat, malah lepas habis belajar saya terus sertai program Anak Wayang dan keluarga tak pernah halang,” katanya.
Mengidamkan watak seperti pesakit psikiatrik atau gila akan memberikan gambaran yang berbeza tentang perwatakannya serta mampu memberi cabaran pada dirinya.
Menganggap bidang lakonan adalah sesuatu yang mencabar dan menarik, Feeya merasakan dirinya mampu melangkah lebih jauh dalam bidang itu seperti pelakon yang sudah menempa nama dalam dunia seni.

Ameer: Artikel ini diterbitkan dalam Berita Harian pada 1 Jun 2011. Wahh, kelas kak Feeya sekarang kan. Selalunya DJ radio ERA memang susah nak masuk paper kan kecuali Pak Nil. Ooopsss.. tahniah kak Feeya kerana berjaya mencipta nama.

Untuk kenali Feeya dengan lebih lanjut klik http://feeyashafiza.blogspot.com

NAMA: Nor Shafiza Iskandar Azizan
NAMA KOMERSIAL: Feeya
TARIKH LAHIR: 5 Februari 1989
USIA: 22 tahun
ASAL: Pasir Gudang, Johor
STATUS: Bujang
KARIER: Penyampai ERA, penyanyi, pelakon dan pengacara
KELUARGA: Anak kedua daripada tiga beradik
PENDIDIKAN: Diploma Pengurusan Seni, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor
PENGALAMAN SENI: Program Anak Wayang (Astro)

PROGRAM RADIO: Muzik Hit Bertubi-Tubi ERA (1-4 Petang)
PROGRAM TV: Glamor Raya dan Itu Dia (Astro)
DRAMA: Kasih Alia dan Jamilah I Love You



Tuesday, May 31, 2011

Fitnah!

Kalau saya tahu pasal cousin saya, seorang perempuan yang sudah berkahwin keluar makan bersama dengan lelaki lain, apa Ameer kena buat? Bagitahu suami dia? Bagitahu makcik Ameer? Report kat family dia?

Jawapan: Ameer senyap je.. sebab Ameer fikir positif.. mungkin makan sama2 sbb meeting ke, jumpa client ke, atau itu memang skandal dia.. Ameer tak tahu, Ameer diam je.. Kalau saya bising, ianya melibatkan maruah dia.. Mungkin kalau saya bagitahu kat family dia, saya pula yang dituduh fitnah..

Kalau saya tahu pasal cousin saya, seorang perempuan yang sudah berkahwin pergi clubbing dan pakai sexy sebelum dia kahwin, apa Ameer kena buat? Bagitahu suami dia? Bagitahu parents dia? Atau sebarkan gambar dia kat internet?

Jawapan: Ameer diam je.. sebab sekarang dia dah kahwin.. past is past.. I don’t judge people by their past, because they don’t live there anymore.. Kalau saya bagitahu parents dia, apa akan jadi? Ameer percaya dia akan berubah sebab tu Ameer diam je..

Kalau saya tahu pasal cousin2 saya atau anak kpd kwn2 ayah saya, melakukan aktiviti tidak berfaedah seperti merokok, melaburkan duit untuk games online, pegang tangan awek kat mall, dan lebih daripada itu, saya akan diam je. Takde pun saya nak pegi menyibuk bagitahu parents diorg yg diorg ni mcm ni, mcm tu. Kalau saya nampak cousin saya itu, ini.. saya diam je.. Kenapa saya diam? Saya diam bukan sebab saya tak sayang diorg tapi saya nak bagi peluang kat diorg utk diorg perbaiki.. Mungkin itu baru pertama kali diorg buat bnd tak senonoh mcm tu.. Atau mungkin pengaruh kwn atau ape2 sahaja faktor yg menyebabkan mereka buat begitu..

Tapi bila kene part saya? Ada ke orang nak senyap? Ada ke orang nak diam? Ada ke sesiapa nak bagi peluang? Ape yg saya buat? Keji sangat ke saya keluar dengan lelaki? Bagus sgt ke kalau remaja lelaki keluar jln2 dgn perempuan? Keluar dgn lelaki dia kata gay, keluar ngan pompuan dia kata pondan, takde kwn laki ke.. Apsal kalau saya kuar dgn pompuan tak kata saya lesbian? Sesiapa pun diri saya, saya adalah saya. Suka hati saya la nak keluar dgn lelaki gay ke, nak keluar dengan pengkid ke.. Ape? Tak elok kuar ngan diorg? Kenapa pula? Habis tu lelaki straight tu baaaaaaaaik saaaaaaaangat ke? Pompuan muslimah tu suuuuuci sangat ke? Baik ke lelaki straight? Bersih sgt ke perempuan muslimah? Kepada pakcik2 yakni kwn kepada daddy saya, ape pakcik tau pasal bnd ni? Anak pakcik baik sgt ke? Pakcik baik sangat ke? Saya berkawan dgn sesiapa sahaja tak kira dia gay, lesbian, akak2, abang2 asalkan mereka ikhlas, baik, menghormati sy sbb sy hormat mereka, sentiasa ada ketika senang n susah dan terima masing2 seadanya. Tiada siapa yang sempurna melainkan Allah. Habis tu nampak je gay, lesbian terus xnk kawan? Ade plak camtu.. Dah kalau mereka je yg bley kwn dgn Ameer, yg straight saaaangat ni mengeji diriku.. apekah ini?

Tolonglah wahai rakyat Malaysia, celik la mata. Apa yang nampak lurus di jalan Allah, tak semestinya betul pada realiti. Sedih sangat tengok orang asyik menuding jari menyalahkan orang lain kerana tidak di landasan yang betul, tetapi diri sendiri pun begitu. Saya tak kisah kalau orang yang report-mereport ni Dato’ Fadzilah Kamsah ke, Fadzilah Come to me ke, Ustazah ke, kaunselor ke. Tapi yang report pun 2 kali 5 je, apakah bangangnya orang itu.

Kepada sesiapa sahaja yang nampak saya keluar dengan lelaki atau perempuan, nak report kat parents saya, report la. Tuduh je la sesuka hati korang. Nak fitnah saya pun, fitnah la yg kaw2 sikit. Jangan lupa bawak sekali kamera tu. Yelah, kalau nampak saya n kwn2 saya pegang tangan, cepat2 amik gambar. Baru ada bukti kan? Atleast kalau saya pegang tangan lelaki tak berdosa lagi, cousin saya pegang tangan awek dia itu dah kira berzina. Oh yelah, lupe diorg kan straight jadi betul la ape yg diorg buat tu. Betul saaaaangat! Inilah kesedihan atau ‘malapetaka’ yg menimpa saya. Teruskan memfitnah saya, kerana saya percaya Allah akan laknat orang yang fitnah saya.

Dengan ini, saya isytiharkan putus saudara, putus kawan, putus segala-galanya kepada orang yang fitnah saya. KALAU cousin saya yang fitnah, putus saudara. Kalau kawan saya yang fitnah, putus kawan. Kalau kawan2 daddy saya yang fitnah, saya bersumpah takkan maafkan pakcik sampai akhirat!

Tak kiralah sesiapa pun, kalau jumpa saya dan kawan saya dekat mane2, apa salahnya tegur. Awak ni anak kepada si polan kan? Saya dgn senang hatinya akan menyambut dgn baik dan memperkenalkan kwn2 saya kat org itu. Susah ke? Kalau rasa jijik nak tegur sekalipun, silakan report dan bgtau bukan sahaja kat parents saya, malah bgtau satu dunia yang anda jumpa saya melakukan itu, ini. Update status fb, twitter sume. Saya tak kisah sebab saya tak buat bnd yg bukan2, yang boleh menjatuhkan maruah saya dan parents saya.

Lepas ni nampaknya saya kena kuar jln2 pakai jubah n purdah, tutup segala muka bagai supaya org x kenal saya. Perlu ke Ameer buat begitu? Kalau tak salah, tak perlu buat begitu kan? Tapi kalau x buat camtu, ade plak mulut2 yg bawak citer yg bukan2.

Di dalam Al Qur’an surat Al Baqarah (2) ayat 191 tercantum kalimat “Wal fitnatu asyaddu minal qotli….” yang ertinya “Dan fitnah itu lebih sangat (dosanya) daripada pembunuhan..”. Imam Ibnu Katsir menjelaskan, bahwa Imam Abul ‘Aliyah, Mujahid, Said bin Jubair, Ikrimah, Al Hasan, Qotadah, Ad Dhohak, dan Rabi’ ibn Anas mengertikan “Fitnah” ini dengan makna “Syirik”. Jadi Syirik itu lebih besar dosanya daripada pembunuhan.