Friday, May 20, 2011

Hot fm Kehilangan Pendengar, Suria FM Kini Raih Pendengar

Seperti yang kita ketahui semalam (19 May 2011), Sinar FM kekal sebagai Radio No.1 Malaysia secara keseluruhan dan ERA diumumkan sebagai Radio No.1 Malaysia kategori 40 tahun ke bawah. Tetapi dimanakah kedudukan Suria FM, Red fm, hotfm, fly fm dan radio lain? Adakah mereka kekal atau kehilangan pendengar?

Penyampai Radio Lelaki Popular tunjuk "middle finger"

Hot fm yang mula bersiaran pada 5 Februari 2006 mula kehilangan pendengar sedikit demi sedikit. Pada tahun 2010, Hot fm kehilangan 97,000 menyebabkan stesen radio itu mula melakukan rombakan pada November 2010. Nampaknya, usaha mereka gagal lagi apabila Survey 1, 2011 membuktikan Hot fm jatuh lagi kerana 94,000 pendengar telah beralih ke stesen lain. Walaupun mereka mempunyai Fafau & FBI sebagai kekuatan utama mereka, nampaknya rombakan mungkin akan berlaku lagi. Ini membutikan penyampai radio yang popular bukan kekuatan atau sebab untuk sesebuah stesen radio meraih pendengar. Kajian Ameer sendiri menunjukkan keutamaan pendengar mendengar radio adalah mendengar muzik, mengikuti slot menarik, dan mengetahui berita terkini. Memang relevan jika pendengar Hot fm adalah dalam kalangan remaja kerana mereka yang mengundi di ABPBH pun golongan remaja. Tetapi harus dipuji kerana kekal di tangga ke-3 secara keseluruhan walaupun tidak lagi memgang Radio No.1 Malaysia untuk mana-mana kategori. Kalau dilihat daripada akhbar terbitan Media Prima seperti Berita Harian dan Utusan, ada sahaja berita mengenai penyampai dan aktiviti Hot fm berbanding radio lain yang lebih popular. Itu juga dilihat tidak mampu untuk meraih pendengar kerana tiada relevan untuk melaporkan berita daripada satu stesen radio sahaja.


Tahniah untuk Suria fm kerana tahun demi tahun berjaya memikat pendengar walaupun bukan jumlah yang membanggakan. Pertambahan sebanyak 120,000 pendengar mungkin dilihat sesuatu yang membanggakan bagi pihak Suria fm. Dua orang bekas penyampai ERA, Halim Othman dan Linda Onn dilihat sebagai kekuatan mereka apabila meletakkan mereka di waktu puncak, Halim di slot Breakfast@Suria dan Linda Onn di Petang Suria. Suria fm dilihat tiada origaniliti dari segi muzik, persembahan, dan slot. Apa2pun, terpulang kepada mereka untuk meniru apa sahaja yg mereka rasakan boleh menaikkan rating atau jumlah pendengar. Mengambil Sharifah Shahira bersama Breakfast@Suria dilihat tidak memberi apa2 impak yang besar kepada industri radio tanah air.

Banyak lagi radio yang nak Ameer kongsikan tetapi radio lain tak popular, nanti jatuh pulak rating blog Ameer. Jom kita tengok masa yang diluangkan oleh rakyat Malaysia untuk mendengar radio.

Graf daripada AC Nielsen

Kalau dilihat daripada graf ini, waktu puncak adalah diantara 8.30 pagi hingga 11 pagi. Jadi, tidak hairanlah mereka yang pergi kerja di waktu pagi, suri rumah yang bangun pagi dengar radio dan semua radio banyak iklan di waktu pagi. Sebab itu ke Hot fm tukar siaran AM krew ke 6-11 pagi dan Suria fm tukar siaran pagi ke 5-10 pagi? Relevan ke? Waktu puncak kedua adalah pada 5.00 petang hingga 6.00 petang dimana rakyat Malaysia balik kerja pada masa itu. Kuala Lumpur pula sesak dengan lalu lintas jalan raya dan keretapi. Tidak hairanlah slot Petang ERA dikendalikan oleh Adi & Reza diumumkan sebagai Rancangan Petang No.1 Malaysia pada penggal yang lalu.

bakal disambung lagi...

Thursday, May 19, 2011

Survey 1, 2011 - AMP Radio

Selepas menunggu keputusan Survey 1, pada tahun 2011, semua pendengar dan pengurus stesen radio kini sedang meraikan pencapaian yg diraih oleh stesen masing-masing. Seperti biasa, AC Nielsen adalah salah sebuah badan bertauliah untuk menjalankan kajian terhadap pendengar stesen radio di Malaysia telah pun menyerahkan keputusan itu kepada stesen radio yang terlibat. Tumpuan rakyat Malaysia adalah Sinar fm, ERA, Hitz.fm, Suria fm, THR Gegar/Raaga, MY fm dan tidak ketinggalan, hot fm. Sebelum ini gelaran Radio No.1 Malaysia kekal 11 tahun menjadi milik ERA, seterusnya dirampas oleh hot fm selama satu penggal sahaja (1/2 tahun), dan kini gelaran itu milik Sinar fm dengan tagline 'Muzik Retro Terbaik' selama lebih daripada setahun. Tahniah Ameer ucapkan kerana Sinar fm meraih pendengar berjumlah 4.2 juta.


Bercakap mengenai Sinar fm, Ameer selalu dengar celoteh kak Abby Fana, dimana slot beliau bersiaran dari 10 pagi hingga 1 petang. Apa yang menariknya, Abby pandai memikat pendengar dengan celoteh beliau kerana bahasa atau ayat yang digunakan adalah bahasa yang selalu digunakan seharian oleh rakyat Malaysia. Top 5 kategori Penyampai Radio Wanita Popular 2010 ini mempunyai karisma dan memahami halwa telinga mereka yang bosan pada waktu tengah hari. Terima kasih Abby kerana memenuhi ruang udara Sinar fm dengan idea dan jenaka spontan 'akak'. Antara slot yang pernah Ameer dengar adalah Sinar Pagi bersama SY, KE & Krill.


'Kini Hanya Memainkan Muzik Hit Yang Terbaik' adalah tagline bagi radio popular, ERA yang bersiaran sejak 1 Ogos 1998. Sebagai salah seorang Pengarah Muzik ERA, Ameer sangat bersyukur kerana 4 juta rakyat Malaysia masih memilih ERA sebagai radio pilihan mereka. Ini menjadikan ERA kekal di tangga ke-2 secara keseluruhan. Tetapi ERA masih radio No.1 Malaysia bagi kategori umur 40 tahun kebawah. Tentunya Aznil & Muzik dilihat sebagai kekuatan ERA ketika ini kerana umum mengetahui Aznil mempunyai peminat yang ramai di Malaysia dan muzik yang ERA putarkan mengangkat ERA kembali didengari oleh rakyat Malaysia. Tahniah kerana ERA mengekalkan posisi yang mantap dan unggul. Slot Riuh Pagi ERA bersama Aznil, Ray & Haniff juga dilihat semakin diterima ramai kerana pembaharuan yang dibuat berkesan dan mempunyai origaniliti tersendiri.


Radio AMP yang lain seperti Hitz.fm kekal sebagai No.1 English radio station dengan jumlah pendengar 1.58 juta manakala MY fm dan THR Raaga kekal stesen bahasa Cina dan Tamil No.1 Malaysia dengan masing-masing meraih 2.1 juta dan 1.7 juta pendengar. Mix fm catat pendengar sebanyak 523,000 dan Lite fm 366,000. Secara keseluruhannya, AMP Radio memiliki 11.38 juta pendengar, bermakna 49.7% bahagian pasaran.

Info Radio No.1 Malaysia!

Sinar fm kekal Radio No.1 Malaysia secara keseluruhan.
ERA adalah Radio No.1 Malaysia bagi kategori 40 tahun kebawah.
Hitz.fm kekal Radio Bahasa Inggeris No.1 Malaysia.
THR Raaga kekal Radio Tamil No.1 Malaysia.
MYfm kekal Radio Cina No.1 Malaysia.
Mix fm No.1 dalam pertambahan pendengar.
Ameer, Radio & Muzik No.1 melaporkan berita ini!

Nantikan radio-radio lain di post seterusnya!

Tuesday, May 17, 2011

Ameer VS Danny

Bukan niat nak berperang atau bermusuhan, tetapi jika dah melampau, kenalah tegur kan? Ameer nak cerita la pasal sorang budak bernama Danny kat facebook. Ye, Danny namanya. Tak tau yang mana satu? Oh yelah, di facebook ada lebih daripada 5,000 pengguna bernama Danny. Kalau nak tau Danny mana satu, bacalah cerita ini sampai habis. Ok, budak ni saya kenal 2 tahun lepas melalui facebook. Masa tu si Danny ni kapel ngan EN (bukan nama sebenar) yg menetap di KL manakala si Danny kerja dan tinggal di Genting Highlands. Bercinta bagai nak rak dekat fb, tup2 putus. Biasalah adat bercinta, kecundang dekat Highway Karak. Si Danny ni pun contact Ameer:

Dia bagitahu kat Ameer (nangis sambil kuar hingus n taik hidung):

“Ameer, I betul2 sayang kat dia. I selalu bagi dia chocolate mahal, chocolate yg dia suka, tapi ni yg dia balas kat I. Dia mintak putus. I ngan dia tak sesuai la. Position I kan ‘F’, dia plak ‘T’ so kalau jumpa asyik I je yang kena.”

Tapi dia kata kat orang lain (dgn perasaan bangga dan tanpa rasa bersalah):

“Si EN tu kikis duit I la, dia selalu pinjam duit I. RM ###, pastu mintak lagi RM###. Sebab tu la I putus ngan dia. I tak tahan ngan dia”

Ewah2. Dengan aku kau cakap lain, dgn org lain kau cakap lain. Hello, aku bukan kenal kau sorang je kat fb tu. Yes, memang Ameer akui Danny tu popular kat fb. Tapi jangan ingat dgn populariti itu, dia boleh dapat sokongan atas penipuan dia. Tipu sakit pulak? Kali ni pasal kanser usus yg kononnya dia mengidap sejak dua tahun lepas. Dia bagitahu Ameer dua tahun lepas, dia menghidapi penyakit itu. Tapi tak ada pulak dia bagitau kanser tu tahap 2 ke, 3 ke. Tapi dekat orang lain, sekejap dia bagitahu kanser tahap 2, kejap tahap 3, bila nak mampus tak tahu la. Orang sekeliling dia yang percaya pun pegilah check dekat hospital berkenaan dan tiada rekod atas nama Danny. Hey, dia ingat dia UMNO atau BN nak palsukan rekod hospital mcm kes liwat Anwar? Ini ke cara dia meraih populariti dan simpati daripada orang di sekeliling dia? Ada orang kata dia anak yatim piatu, ada orang kata dia anak angkat. Ameer tak kata, orang yang kata. Tapi yang paling dekat dgn dia adalah kakak angkat dia, katanya...

Dengan ini, Ameer cabar Danny kembali balas kenyataan Ameer. Tapi janganlah reka cerita pulak. Ya, Danny terkenal dengan pelbagai jenis cerita yang dia reka sendiri. Hebat! Boleh jadi pengarah drama ya. Drama King sangat kannn. Semua status facebook dia korang percaya ke? Kalau korang tengoklah, Danny suka buruk – burukkan orang. Ada sahaja yang tak kena dengan orang tu, orang ni. Danny baik sangatlah? Suka sangat perli sana, perli sini. Pastu hide status daripada org yang dia nak attack. Pondan ke lelaki? Kalau lelaki kenapa perlu takut nak serang individu tersebut. Pastu kalau serang, suka sangat serang peribadi orang. Kata muka mcm belakang selipar la, macam taik la. Habis muka Danny elok sangat ke? Pernah saya buka profile Danny dan ketika itu profile picture Danny half naked tepi pantai. Kawan2 saya yang berada di kiri kanan hampir muntah. Cantik ke muka kau? Badan kau cantik ke? Ameer selalu sedar diri sebelum buat apa2. Sebab kat facebook ramai yang tengok, bukan untuk syok sendiri. Ramai kawan2 yang dia anggap keluarga sebenarnya takut nak tegur atau bangkang dia. Sebab apa? Sebab takut kena maki ngan dia. Oh please. Saya, Ameer Rizky dan saya di pihak benar. Kenapa perlu saya takut? Ada lagi yang nak dibongkar! Nantikan post seterusnya...

Ameer On-Line

email: ameer_lilbro91@yahoo.com
Search : Ameer Rizky


email : ameerrizky91@gmail.com
Search : Ameer Rizky

Saya hanya ada Facebook, Twitter, Blog, YM & Skype sahaja.

Wednesday, May 11, 2011

Kisah Dongeng - Stacy

Dengarkan single hit 'Kisah Dongeng' nyanyian Stacy di
ERA Kini Hanya Memainkan Muzik Hit Yang Terbaik!


Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Lirik/Lagu: Edry Abdul Halim

Thursday, May 5, 2011

"Saya Tak Percaya Osama Dah Mati" - Ameer


"Tunjukkan bukti bahawa Osama sudah meninggal! Setakat pengesahan DNA, politik Malaysia lagi maju bab tipu-menipu DNA. Dengan kenyataan Obama pada 1 Mei 2011 boleh mengesahkan kematian Osama? Kalau macam itu, Ameer pun nak keluarkan kenyataan bahawa Altantuya masih hidup. Sudah terang lagi bersuluh tiada bukti yang mengesahkan Osama dah mati. Terrorism against America deserves to be praised because it was a response to injustice! " kata Ameer ketika ditemuramah wartawan psychogila.com

Berita CNN sendiri mengesahkan gambar yang dipaparkan dikebanyakan suratkhabar di seluruh dunia adalah palsu malah jurugambar dari New York yang dirujuk oleh CNN sendiri mengesahkan kepalsuan gambar itu kerana pelbagai kelemahan yang sedia ada. “Dari pixel yang terdapat pada gambar itu, jelas ia adalah palsu,” kata-kata dari Kenna Lindsay, jurugambar yang berpengalaman dalam imej komposit.

Gambar yang sama juga telah dianalisis oleh Makmal Agensi Akhbar Perancis dan pengesahan telah diterima bahawa ia juga palsu khususnya di bahagian jambang dan bawah muka yang jelas kelihatan seolah-olah ditampal dari imej individu yang lain.

Tidak pasti kenapa Amerika Laknatullah cukup beriya-iya untuk memaparkan berita ‘kematian’ itu di akhbar utama dunia sedangkan kita tahu, negara barat seperti mereka yang dilengkapi dengan teknologi yang cukup canggih mampu mengesahkan ketulenan gambar itu. Kenapa terlalu mendesak untuk melaporkan berita kematian itu? Adakah dengan kematian itu, Al-Qaeda khususnya akan menghentikan segala gerakan mereka? Adakah Osama Bin Laden cukup cuai dalam gerakan beliau sehingga tiada barisan pengganti yang sedia untuk diganti serta merta selepas ketiadaan beliau? Adakah itu jaminan keselamatan yang pasti kepada seluruh penduduk dunia dengan tiadanya Osama memimpin Al-Qaeda?

Jika segala soalan itu tiada pasti jawapannya dan ditambah pula dengan penafian oleh sesetengah pihak di Amerika Syarikat, kenapa perlu Datuk Seri Najib Razak bersorak dengan pengumuman itu? Tiada apa yang sepatutnya disorakkan khususnya dari pemimpin Negara OIC itu yang seharusnya melihat dari pelbagai aspek atau sudut kenapa gerakan Al-Qaeda itu mula ditubuhkan kalau bukan kerana keganasan atau provokasi yang sebenarnya mula dicetuskan oleh Amerika Syarikat sendiri khususnya sekutu rapatnya Israel terhadap dunia umat ISLAM.

Pembunuhan kanak-kanak, wanita dan orang tua cukup ketara di Palestin, Iraq dan Afghanistan oleh Amerika Syarikat dan tentera sekutunya. Kenapa perlu kita bersorak menyokong pengumuman itu kalau mereka sendiri yang sebenarnya menjaja keganasan di seluruh dunia malah menjadi penyebab utama provokasi kepada beberapa pertubuhan seperti Al-Qaeda untuk melancarkan serangan balas.

Saya melihat, tekanan dari rakyat Amerika dan sekutu mereka sendiri telah mendesak berita itu untuk disegerakan kerana setelah hampir 10 tahun mereka mencabuli semua kedaulatan negara tertentu termasuk membelanjakan berjuta sehingga berbillion ringgit wang rakyat mereka untuk mengesan pimpinan Al-Qaeda itu, hasil ditagih segera.

Amerika dan sekutunya khususnya Israel adalah sebenarnya pengganas dunia yang berselindung disebalik ciptaan ‘keganasan’ Al-Qaeda untuk menghalalkan kezaliman mereka meragut dan merampas kedaulatan umat ISLAM di abad moden ini melalui apa sahaja yang dirasakan perlu demi memenuhi dendam kesumat mereka sejak zaman berzaman. Bersorak keriangan dengan berita kematian itu seolah-olah menyokong segala matlamat mereka yang tidak menghalalkan cara khususnya pencabulan kepada hak asasi manusia, dan kedaulatan negara atas nama memerangi keganasan.

Ameer Rizky melaporkan untuk Ameer, Radio & Muzik!

Facebook, Twitter, YM - ameer_lilbro91@yahoo.com

Tuesday, May 3, 2011

Khalimah Cinta by The Ariez

Kalau dengar radio, semua lagu Ameer tahu terutamanya lagu2 melayu yang hit. Tapi ada satu lagu yang sering berkumandang di ERA tapi Ameer tak pasti tajuk lagu dan penyanyi. Terus post kat wall salah seorang penyampai ERA untuk bertanyakan tentang lagu tersebut. Tajuknya Khalimah Cinta nyanyian band dari Sabah, The Aries. Walaupun baru pertama kali Ameer dengar nama band ini, tetapi muzik yeng mereka bawa jelas kedengaran sudah matang dan mampu meraih populariti pada masa akan datang. Lagu Khalimah Cinta sebelum ini pernah dimainkan di slot 'Kita Punya' di sebuah stesen radio tempatan. Tetapi saya percaya, kalau setakat keudarakan sekali sahaja, mungkin tiada siapa menyedari kehadiran band ini. Mula2 Ameer dengar lagu ini macam Estranged yg nyanyi, macam Indonesia pun ada. Tapi dari Sabah rupanya, boleh bah kalau kau!


Ku ingin
Kau pejamkan matamu hanya untuk
Sekadar waktu
Ku ingin bisikkan
Khalimah cintaku
Dan selepas ini
Bukalah seluas mana pun
Yang engkau mahu
Ku hanya ingin kau tahu
Aku juga mencintai mu

Aku ingin
Kau slalu ada
Untuk menemani aku
Di segenap ruang hidupku
Aku ingin
Kau slalu mencintai aku
Supaya aku tenang
Selalu

Cintaku hanyalah milikmu
Itu yang kau mahu dariku
Cintamu milikku itu
Juga yang ku mahu
Dariku semua untuk mu
Darimu untuk ku
Semoga kita akan tetap
Menyatu…

Ok, lagu ni Ameer nak tujukan kepada seseorang yang baru hadir dalam hidup Ameer, seorang yang sangat comel. Tarikh bersejarah 1 Mei akan Ameer ingat. Lagu ni pun terbaik, dan tanda wujudnya perasaan itu kepada dia. Harap akan kekal lama, dan orang Penang lagi.. ooppss!!