Thursday, May 5, 2011

"Saya Tak Percaya Osama Dah Mati" - Ameer


"Tunjukkan bukti bahawa Osama sudah meninggal! Setakat pengesahan DNA, politik Malaysia lagi maju bab tipu-menipu DNA. Dengan kenyataan Obama pada 1 Mei 2011 boleh mengesahkan kematian Osama? Kalau macam itu, Ameer pun nak keluarkan kenyataan bahawa Altantuya masih hidup. Sudah terang lagi bersuluh tiada bukti yang mengesahkan Osama dah mati. Terrorism against America deserves to be praised because it was a response to injustice! " kata Ameer ketika ditemuramah wartawan psychogila.com

Berita CNN sendiri mengesahkan gambar yang dipaparkan dikebanyakan suratkhabar di seluruh dunia adalah palsu malah jurugambar dari New York yang dirujuk oleh CNN sendiri mengesahkan kepalsuan gambar itu kerana pelbagai kelemahan yang sedia ada. “Dari pixel yang terdapat pada gambar itu, jelas ia adalah palsu,” kata-kata dari Kenna Lindsay, jurugambar yang berpengalaman dalam imej komposit.

Gambar yang sama juga telah dianalisis oleh Makmal Agensi Akhbar Perancis dan pengesahan telah diterima bahawa ia juga palsu khususnya di bahagian jambang dan bawah muka yang jelas kelihatan seolah-olah ditampal dari imej individu yang lain.

Tidak pasti kenapa Amerika Laknatullah cukup beriya-iya untuk memaparkan berita ‘kematian’ itu di akhbar utama dunia sedangkan kita tahu, negara barat seperti mereka yang dilengkapi dengan teknologi yang cukup canggih mampu mengesahkan ketulenan gambar itu. Kenapa terlalu mendesak untuk melaporkan berita kematian itu? Adakah dengan kematian itu, Al-Qaeda khususnya akan menghentikan segala gerakan mereka? Adakah Osama Bin Laden cukup cuai dalam gerakan beliau sehingga tiada barisan pengganti yang sedia untuk diganti serta merta selepas ketiadaan beliau? Adakah itu jaminan keselamatan yang pasti kepada seluruh penduduk dunia dengan tiadanya Osama memimpin Al-Qaeda?

Jika segala soalan itu tiada pasti jawapannya dan ditambah pula dengan penafian oleh sesetengah pihak di Amerika Syarikat, kenapa perlu Datuk Seri Najib Razak bersorak dengan pengumuman itu? Tiada apa yang sepatutnya disorakkan khususnya dari pemimpin Negara OIC itu yang seharusnya melihat dari pelbagai aspek atau sudut kenapa gerakan Al-Qaeda itu mula ditubuhkan kalau bukan kerana keganasan atau provokasi yang sebenarnya mula dicetuskan oleh Amerika Syarikat sendiri khususnya sekutu rapatnya Israel terhadap dunia umat ISLAM.

Pembunuhan kanak-kanak, wanita dan orang tua cukup ketara di Palestin, Iraq dan Afghanistan oleh Amerika Syarikat dan tentera sekutunya. Kenapa perlu kita bersorak menyokong pengumuman itu kalau mereka sendiri yang sebenarnya menjaja keganasan di seluruh dunia malah menjadi penyebab utama provokasi kepada beberapa pertubuhan seperti Al-Qaeda untuk melancarkan serangan balas.

Saya melihat, tekanan dari rakyat Amerika dan sekutu mereka sendiri telah mendesak berita itu untuk disegerakan kerana setelah hampir 10 tahun mereka mencabuli semua kedaulatan negara tertentu termasuk membelanjakan berjuta sehingga berbillion ringgit wang rakyat mereka untuk mengesan pimpinan Al-Qaeda itu, hasil ditagih segera.

Amerika dan sekutunya khususnya Israel adalah sebenarnya pengganas dunia yang berselindung disebalik ciptaan ‘keganasan’ Al-Qaeda untuk menghalalkan kezaliman mereka meragut dan merampas kedaulatan umat ISLAM di abad moden ini melalui apa sahaja yang dirasakan perlu demi memenuhi dendam kesumat mereka sejak zaman berzaman. Bersorak keriangan dengan berita kematian itu seolah-olah menyokong segala matlamat mereka yang tidak menghalalkan cara khususnya pencabulan kepada hak asasi manusia, dan kedaulatan negara atas nama memerangi keganasan.

Ameer Rizky melaporkan untuk Ameer, Radio & Muzik!

Facebook, Twitter, YM - ameer_lilbro91@yahoo.com

Tuesday, May 3, 2011

Khalimah Cinta by The Ariez

Kalau dengar radio, semua lagu Ameer tahu terutamanya lagu2 melayu yang hit. Tapi ada satu lagu yang sering berkumandang di ERA tapi Ameer tak pasti tajuk lagu dan penyanyi. Terus post kat wall salah seorang penyampai ERA untuk bertanyakan tentang lagu tersebut. Tajuknya Khalimah Cinta nyanyian band dari Sabah, The Aries. Walaupun baru pertama kali Ameer dengar nama band ini, tetapi muzik yeng mereka bawa jelas kedengaran sudah matang dan mampu meraih populariti pada masa akan datang. Lagu Khalimah Cinta sebelum ini pernah dimainkan di slot 'Kita Punya' di sebuah stesen radio tempatan. Tetapi saya percaya, kalau setakat keudarakan sekali sahaja, mungkin tiada siapa menyedari kehadiran band ini. Mula2 Ameer dengar lagu ini macam Estranged yg nyanyi, macam Indonesia pun ada. Tapi dari Sabah rupanya, boleh bah kalau kau!


Ku ingin
Kau pejamkan matamu hanya untuk
Sekadar waktu
Ku ingin bisikkan
Khalimah cintaku
Dan selepas ini
Bukalah seluas mana pun
Yang engkau mahu
Ku hanya ingin kau tahu
Aku juga mencintai mu

Aku ingin
Kau slalu ada
Untuk menemani aku
Di segenap ruang hidupku
Aku ingin
Kau slalu mencintai aku
Supaya aku tenang
Selalu

Cintaku hanyalah milikmu
Itu yang kau mahu dariku
Cintamu milikku itu
Juga yang ku mahu
Dariku semua untuk mu
Darimu untuk ku
Semoga kita akan tetap
Menyatu…

Ok, lagu ni Ameer nak tujukan kepada seseorang yang baru hadir dalam hidup Ameer, seorang yang sangat comel. Tarikh bersejarah 1 Mei akan Ameer ingat. Lagu ni pun terbaik, dan tanda wujudnya perasaan itu kepada dia. Harap akan kekal lama, dan orang Penang lagi.. ooppss!!

Thursday, April 28, 2011

Puisi Ilahi

Bisik Angin Menyapa Hati
Sampaikan Rinduku Menari Bersama CahayaMu
Rangkuman Cerita Tertulis
Ukiran Jiwaku Setia Memeluk Di SenjaMu

Bisik Angin Menyapa Hati
Sampaikan Rinduku Menari Bersama CahayaMu
Rangkuman Cerita Tertulis
Ukiran Jiwaku Setia Memeluk Di SenjaMu

Ya Allah Ya Rabbi

Ya Rahman Ya Rahim
Sembah Sujud Hanya PadaMu

Rangkaian Beribu Kata

Puisi Yang Terindah.. Tercipta

Atas Nama-Nama Cinta

Hadirkan Yang Terindah
Ya Allah.. Ya Allah

Rangkuman Cerita Tertulis

Ukiran Jiwaku Setia Memeluk Di SenjaMu

Tuesday, April 26, 2011

Jangan Beli Utusan Malaysia!

KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini disaran tidak membeli dan membaca Akhbar Utusan Malaysia kerana media tersebut boleh dikategori sebagai “haram” dari sudut Islam, tegas ulama terkemuka tanahair, Profesor Datuk Dr Haron Din Al Hafiz.

Menurutnya, mana-mana media yang menghalalkan amalan fitnah, cubaan mengaibkan orang lain, menggalakkan berlakunya perpecahan umat Islam dan perpaduan kaum adalah haram untuk dibeli dan dibaca.

“Islam adalah agama penyatuan, agama perpaduan, agama yang saling hormat menghormati dan agama yang memberi rahmat kepada sekelian alam.

“Islam menegah amalan menyebarkan berita yang tidak baik seperti mengaibkan orang lain. Hukum Syarak menegah segala amalan yang dibawa oleh mulut atau pun media seperti ini,” jelas beliau.

Kenyataan Haron Din itu disiar dalam akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan yang boleh diperolehi di pasaran mulai hari ini.

Menurut Dr Haron, Al-Quran juga menyatakan “Maka sesungguhnya orang-orang yang suka menyebarkan berita-berita yang keji (menjatuhkan maruah seseorang), maka bagi mereka itu azab siksa di dunia dan di akhirat.

Menurutnya lagi, berdasarkan hukum Fekah yang di sebut dalam kitab Fekah, Manhaji menyatakan, haram ke atas orang Islam menyebarkan berita keji ke atas orang Islam, tidak kira sama ada peritiwa itu benar atau sebaliknya.

“Kalau berita itu palsu ia adalah suatu fitnah jahat yang mengundang bala Allah yang segera. Kalaulah ia benar maka ia membuka ruang fitnah yang mengundang pelbagai keburukan, sedangkan sepatutnya ia menutup perkara tersebut.” jelas beliau.

Friday, April 22, 2011

PadaMu Ku Bersujud

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
selain hanya nama-Mu Ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang slalu bertakwa

Ampuniku Ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud

Wednesday, April 13, 2011

Ameer & Idola

Idola, dan idol adalah perkara yg sama. Nak tahu siapa idola saya? Saya kagum dgn ramai org dalam pelbagai bidang. Seperti dalam bidang politik, saya kagum dengan dua politician hebat ni, Tun Dr. Mahathir dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) kerana mempunyai pengaruh yg kuat dalam bidang masing2.

Tun Dr. Mahathir terkenal dengan kebijaksanaan beliau membangunkan Negara spt KLIA, KLCC dan banyak lagi idea meletup beliau yg telahpun dicapai. Sehingga kini ramai anak muda atau generasi terkini mengagumi beliau kerana mungkin mereka & juga saya membesar di zaman Tun Dr. Mahathir yg memegang takhta Pemimpin No.1 Negara selama lebih daripada 20 tahun. Rata2 yg menjadikan beliau idola berjaya hingga ke IPT dan memiliki pencapaian yg hebat. Jelas terbukti apabila kebanyakan daripada kwn Ameer yg mengagumi Tun Dr. Mahathir telah berjaya di Universiti. Tak payah banyak cerita, kita sambung kat org lain pulak.

DSAI adalah pemimpin pembangkang yg mempunyai pengaruh paling kuat di Malaysia. Buktinya, media arus perdana seperti Buletin Utama TV3, Berita Harian, Utusan Malaysia yang menyokong kerajaan melaporkan semua yg negatif tentang DSAI dan pembangkang. Yang kerajaan semuanya betul, tepat dan benar, katanya! Nah, ini bukti yang paling jelas. Mereka gerun apabila lihat Anwar. Selain daripada itu, DSAI dikagumi kerana perdebatan dan hujah2 beliau disokong dgn kenyataan yg kukuh. Lihat sahaja di mana2 ceramah DSAI, pasti semua yg hadir terpukau dan kagum dengan kehebatan beliau menyampaikan ceramah. Tidak kira sama ada kenyataan beliau betul atau tidak, tetapi yg pasti tiada pemimpin kerajaan berani berdebat dengan beliau malah tiada sesiapun boleh berdebat setaraf dgn beliau. Malah pemimpin kerajaan yg bg ceramah pun 2x5, bukannya boleh percaya dgn kata2 yg dikeluarkan.

Aznil Haji Nawawi adalah satu nama besar dalam bidang hiburan tanah air yg juga mempunyai pengaruh yg besar dan kuat di Astro dan ERA. Memegang takhta Pengacara No.1 Malaysia bertahun-tahun lamanya menjadikan beliau sentiasa dinantikan oleh para penonton Astro di pelbagai saluran. Antara program kendalian beliau ialah Macam-Macam Aznil, Tom Tom Bak, Serasi Bersama, dan tidak ketinggalan program realiti TV No.1 Malaysia, Akademi Fantasia. Tercalon dalam Top 5 dalam kategori Penyampai Radio Lelaki Popular membuktikan pengaruh beliau ada dimana sahaja, bukan di TV semata-mata kerana beliau penyampai tunggal ERA yg mewakili stesen popular itu di ABPBH 2010 baru-baru ini. Program kendalian beliau di stesen paling popular di Malaysia, ERA adalah 10-1 ERA sebelum Riuh Pagi ERA bersama Din Beramboi dan kini bersama Ray & Haniff. Memiliki jumlah pendengar hampir 2 juta bagi segmen pagi kegemaran ramai itu membuktikan pengaruh beliau di stesen radio popular itu semakin meningkat. Ameer nak sangat jadi seperti Aznil dan mempunyai pengaruh kuat di stesen radio popular itu.

Pakar motivasi paling popular di Malaysia, Dato’ Dr. Haji Mohd. Fadzilah Kamsah antara tokoh motivasi yg berpengaruh dan saya sangat2 kagum dengan kehebatan beliau dalam menyampaikan motivasi dan nasihat. Menggunakan kelebihan yg beliau miliki, semua program beliau di Astro saya ikuti seperti Bersama Dato’ Fadzilah Kamsah dan banyak lagi. Menerima ‘Tokoh Maal Hijrah’ Selangor pada tahun 2008, beliau ialah bekas penuntut UM dan bekas pensyarah UPM dan kini pengasas Excel Edukid Centre. Memegang PhD Psychology ( Organizational Communication) dari Wisconsin, USA pada 1984. Dalam bidang kejurulatihan, beliau pernah mengendalikan lebih 6,000 kursus dalam perkhidmatan untuk agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam bidang motivasi, komunikasi, perhubungan awam, hubungan kemanusiaan, khidmat pelanggan, etika kerja, budaya korporat, kaunseling, kepemimpinan, pengurusan, penyeliaan, konflik dan stres, teknik kejurulatihan, pidato umum, keibubapaan, teknik belajar, metodologi dakwah, keusahawanan, pembinaan pasukan, penulisan laporan, etika sosial, minda dan pembangunan diri dan sebagainya. Hebat tak beliau? Saya ingin jadi hebat seperti beliau.

Banyak lagi nak cerita. Biasalah kalau tulis kat blog tak boleh panjang sangat, nanti org menyampah pula. Idola saya dekat college adalah Ms Azian, lecturer yg sgt dedikasi dan bekerja keras. Apabila dalam kelas, Ameer kagum apabila beliau mempunyai daya ingatan yang kuat dan mampu membuatkan saya faham keseluruhan apa yg beliau ajar. Sekiranya pelajar tidak faham, beliau tidak akan menyalahkan pelajar sebaliknya bertanya kepada diri sendiri adakah beliau tidak dapat menyampaikan pengajaran dgn berkesan. Bukan semua lecturer mempunyai sikap sebegini. Kadangkala, saya mempunyai beberapa masalah yg sering dikongsi bersama beliau dan ternyata beliau memberi nasihat yang tepat dan sangat membantu. Saya ingin jadi seperti beliau yg sering memperbetulkan diri instead of memperbetulkan org lain. Sepanjang hampir dua tahun mengenali beliau, tidak pernah timbul cerita yg tidak elok mengenai beliau.

Idola dalam keluarga, Idola Kecil, eh silap, idola dalam dunia nyanyian dan macam2 lagi idola yg saya kagumi. Tapi takkan lah nak tulis semua kat sini. Cukuplah setakat ini. Terima kasih kerana membaca blog saya.

Tuesday, April 5, 2011

InsyaAllah by Maher Zain - My Favourite Song!

Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Chorus
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Ulang Chorus

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar